Beliau berada dalam landasan terbaik dalam pemulihan kecederaan lutut beliau. Jota telah mengalami kecederaan ligamen lutut ketika menentang FC Midtyjjland dalam aksi UCL, dan telah tersisih dalam 6 hingga 8 minggu. Beliau kini telah terlepas 5 perlawanan sebelumnya dan dijangka akan kembali selewat lewatnya dalam perlawanan menentang Leicester pada 13 Februari atau menentang RB Leipzig dalam aksi UCL pada 16 Februari. Menurut James Pearce daripada The Athletics, jika pemulihan Jota menunjukkan beliau hanya tersisih selama 6 minggu beliau akan dapat diturunkan dalam perlawanan pusingan keempat Piala FA 2020 - 2021, jika mampu mengatasi Aston Villa dalam pusingan ketiga. Selain itu perlawanan menentang Spurs pada 27 Januari dan West Ham pada 30 Januari adalah sesuatu yang releven juga, dengan Klopp kini memerlukan pemain penyerang yang kompeten untuk dijadikan pilihan. Mo Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino masing masing gagal menjaringkan gol ketika menentang Newcastle, dengan p
Tukang Story Liverpool dan Bola Semasa