Beliau telah tersisih sejak Oktober lepas berikutan kecederaan ACL.
Dan beliau dilihat sedang giat menjalani pemulihan yang dimuatnaik dalam laman sosial peribadi beliau.
Sebelum ini beliau dijangka tersisih lama berikutan diterjah keras oleh Jordan Pickford pada perlawanan Merseyside Derby.
Beliau dijangka tersisih sepanjang musim ini dan telah menjalani pembedahan untuk ACL beliau, namun kini sedang bekerja keras untuk pulih lebih cepat dari jangkaan.
Dan beliau memuatnaik video di laman sosial beliau dengan kapsyen "Step By Step".
Berdasarkan foto tersebut, beliau kini sedang giat menjalani latihan berasaskan kardiovaskular, angkat berat dan menyepak bola semula.
Namun situasi beliau untuk kembali beraksi musim ini amat sukar dijangka dengan beliau masih memerlukan jangka masa panjang untuk pulih sepenuhnya.
Van Dijk sebelum ini tersenarai dalam skuad FIFA XI buat tahun kedua berturut turut selepas membantu kelab menjuarai EPL pada musim lepas.
Jika beliau dapat kembali bermain semula, ianya bakal memberikan suntikan semangat buat pasukan untuk menghadapi baki cabaran pada musim ini.
Liverpool kini berada di puncak liga dengan kelebihan 4 mata setelah menewaskan Crystal Palace 7 - 0 di Selhurst Park.
ADMIN
Ini satu perkembangan yang baik. YNWA.
Sumber : Daily Mirror
Comments
Post a Comment