Skip to main content

Jurgen Klopp : WBA Layak Mendapatkan Mata Dari Anfield

Beliau juga mendedahkan ramai pemainnya "bengang" kerana gagal mengukuhkan kedudukan di tangga teratas liga ketika menentang The Baggies.


Liverpool dipaksa untuk berkongsi mata ketika seri 1 - 1 ke atas WBA awal pagi tadi. 

Sadio Mane menjaringkan gol seawal minit ke 12, namun Liverpool gagal mengekalkan rentak permainan mereka hingga Semi Ajaki menjaringkan gol penyamaan ketika perlawanan berbaki 8 minit sebelum tamat. 

Dan Klopp mendedahkan reaksi pemain selepas perlawanan itu meskipun berkelebihan 3 mata di puncak liga buat masa sekarang. 

"Ianya bukan pertama kali berlaku dalam hidup saya, gagal meraih kemenangan dalam perlawanan yang patut dimenangi".

"Dan kami tidak tertekan dengan keputusan ini".

"Kebanyakan pemain bengang kerana gagal bermain dengan baik. Dan kami mempunyai 3 hari lagi sebelum menentang Newcastle".

"Kami tidak berada di awang awangan kerana untuk memenangi perlawanan, kami harus bekerja keras, bermain dengan baik dan melakukan hantaran dengan tepat. Pemain kami dapat melakukan perkara itu dengan baik sebenarnya".

"West Bromwich mempunyai pengurus baru dan saya tidak lihat banyak pasukan menggunakan formasi 6 - 4 - 0. Saya okay sahaja".

"Kami harus berdisiplin dalam permainan dengan cara yang lain. Kami harus bersikap ofensif, kreatif, aktif dan bertahan. Kami harus melakukan perkara yang lebih baik daripada ini".

Liverpool hanya mampu melakukan dua percubaan tepat ke arah gol meskipun menguasai 78% perlawanan dengan Sam Allardyce merupakan pengurus baru kelab tersebut. 

Dan Klopp mengakui mereka harus menyalahkan diri sendiri ke atas kegagalan Liverpool meraih mata penuh di halaman sendiri buat pertama kalinya musim ini.

"Satu satunya masalah kami adalah kesilapan diri kami sendiri di separuh masa kedua menentang West Bromwich".

"Separuh masa pertama amat pelik. Kami menguasai kira kira 90% perlawanan berbanding 10% yang dikuasai mereka".

"Jika kami menguasai perlawanan harus mengekalkan rentak perlawanan dan terus mencuba tanpa henti, itu yang kami sepatutnya lakukan".

"Ia sepatutnya menjadi cabaran buat West Bromwich kerana setelah ketinggalan 1 - 0, mereka belum lagi mengubah corak permainan mereka dengan hanya bertahan".

"5 minit selepas separuh masa kedua, mereka dapat mencipta beberapa peluang dan kami sepatutnya bermain dengan hantaran mudah sahaja. Namun kami gagal melakukannya".

"Itu adalah kesilapan kami dan wajar berakhir dengan kedudukan 1 - 1, dan bukan 1 - 0 dan 2 - 0. Kami menerima dengan hati terbuka".

ADMIN

Liverpool seolah olah berhenti bermain selepas separuh masa kedua dan dihukum dengan gol penyamaan. Namun ianya sudah berlalu. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football