The Reds mahu memperkukuhkan skuad muda di Academy.
Pemain berusia 15 tahun ini merupakan pemain sasaran Liverpool untuk skuad Academy, dan Birmingham telah menerima tawaran Liverpool untuk pemain tersebut.
Scanlon sebelum ini telah mewakili England Bawah 15 tahun, dan boleh bermain di bek kiri atau tengah.
Dan keluarga pemain tersebut sedang mempertimbangkan tawaran daripada juara EPL itu adakah ia akan memberi manfaat kepada perkembangan beliau.
Jurgen Klopp setakat ini mahu membantu memperkembangkan skuad Akademi ketika ini dengan sejumlah pemain Akademi telah berjaya diserap masuk ke dalam skuad senior sejak kebelakangan ini.
Curtis Jones, Neco William, Caomhim Kelleher, Rhys William, Nat Phillip dan Leighton Clarkson telah mengikuti jejak langkah Trent Alexander Arnold ketika ini, dengan Jack Cain dan Vetislav Jaros telah mula berada sekali sekala di bangku simpanan.
Birmingham telah memiliki reputasi besar untuk membangunkan bakat muda dengan sebelum ini telah menjual Jude Bellingham yang berusia 17 tahun dengan nilai £25 juta kepada Borussia Dortmund.
ADMIN
Welcome Calum Scanlon. YNWA.
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment