Beberapa peluang kedua dua pasukan dipersia siakan hingga perlawanan berakhir dengan seri tanpa jaringan.
Liverpool turun kali ini dengan Nat Phillips sebagai pemain pertahanan bergandingan dengan Fabinho, sementara Milner mengisi posisi Wijnaldum.
Liverpool hanya melakukan percubaan tepat pertama pada minit ke 15, selepas hantaran TAA dikeluarkan pertahanan Newcastle dan Milner melepaskan rembatan luar petak namun tepat ke dakapan Darlow.
Giliran Milner melakukan hantaran lambung untuk TAA melakukan larian ke depan gol namun kuisannya lemah hingga ke dakapan Darlow di minit ke 24.
Peluang terbaik dimiliki Mo Salah pada minit ke 33, dengan melepasi perangkap ofsaid dan cuba melakukan placing di hadapan gol namun sipi.
Sejurus sebelum perlawanan separuh masa berakhir, Firmino melakukan tandukan di hadapan gol namun ditepis baik oleh penjaga gol.
Separuh masa kedua menyaksikan Liverpool masih tiada urgency atau keinginan untuk menyerang dan membina serangan dengan ampuh.
Tandukan Mane di minit ke 53 hanya mengenai sisi jaring Newcastle, dan hanya pada minit ke 65 satu serangan balas dilakukan dan Salah sekali lagi mempersia siakan peluang dengan rembatan beliau hanya sipi dari pintu gol.
Curtis Jones dikeluarkan untuk Gini Wijnaldum dua minit selepas itu dan Firmino melakukan tandukan namun sekali lagi sipi di depan pintu gol Newcastle.
Minit ke 72 menyaksikan Thiago dibawa masuk menggantikan Milner.
Newcastle hampir mendahului dengan tandukan jarak dekat Clark hasil sepakan percuma di minit ke 79, dan Alisson bertindak cemerlang menepis percubaan itu.
Satu satunya peluang terbaik Liverpool mendapatkan jaringan lewat adalah menerusi tepisan hantaran oleh Darlow dan terkena Mane tetapi dikeluarkan di hadapan gol oleh Scharr.
Kemasukan Shaqiri tidak membawa makna untuk Liverpool meraih 3 mata dari Newcastle dan pasukan tuan rumah kental bertahan untuk kedudukan seri tanpa jaringan di St James Park.
ADMIN
Satu lagi keputusan yang amat mengecewakan dari permainan yang mengecewakan. Apapun kita move on. YNWA
Comments
Post a Comment