Beliau mahu melihat pemain ini beraksi kembali namun mengambil pendekatan berhati hati.
Thiago dilaporkan menjalani latihan bersama pasukan pada Isnin lepas selepas pulih dari kecederaan lutut yang dialaminya sejak pertengahan Oktober lepas.
Namun Klopp tidak menjangkakan pemain ini akan diturunkan menjelang perlawanan menentang Newcastle pada awal pagi esok.
Menurut Klopp :
"Saya suka melihat pemain saya bermain dan dengan Thiago, beliau mempunyai minit permainan sendiri hinggalah beliau mengalami kecederaan".
"Kami tidak sabar melihat beliau beraksi, jujurnya. Tetapi saya tidak pasti beliau akan dibawa bersama skuad dalam perlawanan menentang Newcastle".
"Beliau memerlukan beberapa sesi lagi selepas pulih dari kecederaan di mana beliau menerima impak teruk. Tiada yang terputus, tiada yang patah namun masih memerlukan masa untuk pulih. Kami tidak boleh terburu buru untuk menurunkan beliau".
ADMIN
Jadi Tahun Baru kita akan saksikan Thiago diturunkan. YNWA.
Sumber : Liverpool FC
Comments
Post a Comment