Skip to main content

Nuno Espirito Santo : "Masanya Sudah Tiba Untuk Diogo Jota Tinggalkan Molineux"

Pemain itu menyertai Liverpool dari Wolves dengan nilai £41 juta. 


Dan pengurus Wolves itu mendedahkan bahawa masanya sudah tiba untuk Jota meninggalkan kelab. 

Jota menikmati musim terbaiknya dalam permulaan karier bersama Liverpool dengan membantu kelab menjaringkan 9 gol dari 17 penampilan. 

Kini beliau tersisih dalam jangkamasa 6 minggu berikutan kecederaan lutut namun Santo tetap memuji persembahan Diogo Jota sambil menyatakan beliau tidak terkejut dengan kebolehan beliau. 

Menurut Santo menerusi Stadium Astro :

"Saya tidak terkejut. Kualiti dan bakat yang dimiliki Diogo serta dedikasi beliau amat mengagumkan".

"Saya amat gembira Diogo memberikan impak buat Liverpool. Masanya dan ketikanya amat tepat buat beliau untuk menyertai Liverpool dan saya mengucapkan semoga berjaya buat beliau".

"Pada masa yang sama, saya ingin mengucapkan terima kasih untuk sumbangannya di Wolves".

ADMIN

Di Liverpool, beliau dapat lebih lagi pendedahan dan pengalaman. YNWA. 

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football