Skip to main content

Jermaine Jenas : Peranan Jordan Henderson Dalam Liverpool Tidak Ternilai

Beliau menyatakan pandangan mengenai pasukan Liverpool dan kapten Liverpool tersebut selepas perlawanan menentang Crystal Palace. 


Dan beliau menyatakan bahawa peranan Jordan Henderson di dalam padang adalah tidak ternilai dalam skuad Liverpool buat masa sekarang. 

The Reds mencatatkan dua kemenangan penting ke atas Spurs dan Crystal Palace untuk membolehkan kelab itu selesa di takhta liga dengan kelebihan 5 mata mengatasi pencabar terdekat Leicester City. 

Dengan Firmino dan Mo Salah masing masing menjadi bahan bualan selepas persembahan cemerlang mereka, Jordan Henderson sekali lagi memainkan peranan di atas padang dengan satu gol.

Jurgen Klopp harus bersikap bijak untuk menggilirkan pemainnya menjelang jadual padat pada minggu hadapan menjelang Tahun Baru namun Jenas menyatakan Hendo terlalu penting buat Liverpool berbanding pemain lain yang direhatkan secara bergilir gilir di bangku simpanan. 

Menurut Jenas :

"Saya berpendapat Liverpool boleh merehatkan Mo Salah dan pemain lain, namun sumbangan Hendo dalam pasukan amat penting dalam setiap minggu".

"Beliau adalah pemimpin dan satu contoh untuk membina serangan dari bahagian tengah".

"Beliau sentiasa memberi bantuan ketika Andy Robertson dan Trent bergerak ke hadapan untuk menyerang. Jika mereka menguasai bola itu lebih baik namun jika kehilangan bola, Hendo akan membantu pasukan untuk bertahan".

"Kami duduk di sini memberikan pujian buat Andy Robertson dan Trent setiap minggu dan menyatakan bagaimana bagusnya mereka berdua mencipta peluang, tetapi lihat Jordan Henderson melakukan tugas yang banyak untuk melindungi bahagian mereka".

"Hendo sangat bijak dan sangat membantu mereka berdua".

ADMIN

Padu Hendo! YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football