Skip to main content

EPL Berkemungkinan Ditangguhkan 2 Minggu Berikutan Penularan Covid 19?

Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah EPL akan berbincang untuk membuat penangguhan pada bulan hadapan bagi mengekang penularan wabak tersebut.


Sebelum ini perlawanan antara Man City dan Everton ditangguhkan selepas beberapa pemainnya dijangkiti Covid 19 hingga memaksa pusat latihan Man City ditutup sementara. 

Terbaru, Sheffield United melaporkan beberapa staf mereka telah dijangkiti wabak tersebut. 

Namun perlawanan menentang Burnley tetap diteruskan dengan EPL mengumumkan bahawa seramai 18 pemain atau staf telah dijangkiti Covid 19, bilangan tertinggi yang dilaporkan sejak Ogos lepas. 

Selain itu, pengurus Southampton Ralph Hasselhutt juga tidak akan bersama pasukan beliau apabila menjadi kontak rapat kepada salah seorang ahli keluarga beliau yang didapati positif dan menjalani kuarantin kendiri. 

Peningkatan kes ini juga memaksa Pengerusi EPL berbincang untuk menangguhkan dahulu perlawanan selama 2 minggu bagi mengurangkan kes jangkitan. 

Pihak kerajaan juga sedia untuk berbincang kembali untuk mengenakan garis panduan baru untuk EPL. 

Kes positif Covid 19 telah menyebabkan situasi tidak menentu di liga bawahan, dengan 9 perlawanan EFL setakat ini telah ditangguhkan. 

Ianya juga menimbulkan kerisauan dengan perlawanan Piala FA turut terjejas, dengan kelab kelab EFL akan bertanding dalam kejohanan itu serta pemain 64 pasukan itu akan menjalani ujian saringan sebelum perlawanan.

Perdebatan akan berlaku selepas ini dengan persoalan adakah penangguhan dua minggu ini tidak memberikan tekanan buat pemain yang akan bermain dalam kejohanan Euro pada musim panas hadapan. 

Sesetengah kelab akan bermain dalam jadual yang disusun semula dan penangguhan dua minggu akan memberikan tekanan buat kelab dan pemain.

ADMIN

Tangguh tu boleh tapi bersedia dengan jadual padat selepas itu lagi. 

Terpulang dengan Ahli Lembaga EPL. 

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan