Skip to main content

Jurgen Klopp Menjelaskan Situasi Mo Salah Terhadap Pemilihan Kapten

Sebelum ini Mo Salah menyatakan beliau tidak gembira berikutan pelantikan Trent sebagai kapten pasukan ketika menentang Midtyjlland.


Dan Jurgen Klopp telah mendedahkan mereka berdua telah menyelesaikan masalah tersebut sambil menegaskan Mo Salah kini okay sahaja dan kembali ceria di padang latihan. 

Sebelum ini Mo Salah meluahkan rasa kecewanya tidak diberikan peranan sebagai kapten pasukan dengan lilitan itu telah diberikan kepada pemain tempatan, Trent Alexander Arnold. 

Salah juga tidak menolak kemungkinan mahu berhijrah ke Real Madrid dan Barca, namun Klopp menjelaskan sebab beliau melantik Trent menjadi kapten dalam perlawanan tersebut. 

Menurut Klopp :

"Trent dilantik sebagai kapten pasukan kerana beliau pemain paling lama di kelab. Saya bercakap mengenai perkara itu kepada Mo selepas perlawanan, namun selepas itu ianya amat sukar buat beliau".

"Dan kami menyelesaikan perkara tersebut, dan saya telah nyatakan dalam temuramah sebelumnya ianya bukan satu masalah buat saya sekarang".

Klopp mengakui isu kapten tersebut menjadi lebih besar selepas itu, dan menjelaskan terdapat hierarki jelas dalam pelantikan kapten pasukan dengan Jordan Henderson, James Milner, Virgil Van Dijk dan Gini Wijnaldum antara kapten pasukan yang dilantik dari kalangan pemain. 

Kesemua pemain tersebut tidak diturunkan dalam perlawanan menentang Midtyjlland dan Trent dilantik sebagai kapten pasukan ketika itu dengan Mo Salah mendedahkan kekecewaan atas keputusan tersebut. 

Dan spekulasi itu semakin panas apabila Mo Salah diletakkan di bangku simpanan ketika menentang Palace. 

Namun Klopp berkata :

"Mo adalah pemain paling penting buat saya ketika ini, namun cerita mengenai beliau tidak begitu penting sekarang".

"Terdapat banyak spekulasi mengenai beliau dan beliau tidak diturunkan ketika menentang Palace didakwa berpunca dari situasi sebelum ini. Namun bila anda menyaksikan Mo Salah menjalani latihan, beliau lebih banyak ketawa dan gembira. Beliau dalam mood yang baik, situasi yang baik dan dalam kecergasan yang baik".

"Semuanya baik baik sahaja".

ADMIN

Pasal kapten pun nak berbaloh. Oh parok. 

Sumber : David Maddock - Daily Mirror

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football