Kedua dua pasukan itu dijadualkan turun bermain pada awal pagi tadi.
Everton sebelum ini telah mencatatkan kemenangan 1 - 0 ke atas Sheffield United 48 jam sebelum sepakmula perlawanan ini.
Namun begitu beberapa jam sebelum perlawanan ini, sekurang kurangnya 5 pemain Man City telah dijangkiti Covid 19 dan kelab memohon perlawanan itu ditunda ke hari lain.
Tarikh baru untuk perlawanan ini akan dimaklumkan kemudian.
Berikut adalah kenyataan rasmi daripada Everton :
"Berikutan dengan hasil mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah EPL, maka perlawanan antara Everton - Man City terpaksa ditunda disebabkan peningkatan kes Covid 19 di kalangan pemain Man City".
"Penyokong yang telah mendapatkan tiket perlawanan ini diharap tidak akan hadir ke stadium ketika ini".
"Tarikh baru dan masa perlawanan akan ditentukan kemudian dan akan dimaklumkan menerusi laman web rasmi kelab".
"Perlawanan seterusnya untuk Everton adalah menentang West Ham United pada Tahun Baru".
ADMIN
Get well soon Man City. YNWA.
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment