Ia menimbulkan persoalan di kalangan peminat Liverpool berikutan perubahan di laman sosial tersebut.
Origi pada musim ini jarang jarang diturunkan dengan hanya melakukan dua penampilan dalam kesebelasan utama dalam liga musim ini.
Ianya menimbulkan spekulasi bahawa pemain berusia 25 tahun itu bakal meninggalkan Anfield dalam musim ini atau musim hadapan.
Dan Isnin lepas, peminat Liverpool menyedari bahawa Origi telah memadamkan semua status #LFC beliau, termasuk memadamkan semua tweet beliau serta tidak follow mana mana pemain di halaman Twitternya.
Beliau hanya meninggalkan gambar profil beliau dan hanya kapsyen "pemain bolasepak profesional" dengan hanya nombor beliau di Liverpool iaitu 27.
Sesetengah peminat mengandaikan beliau akan meninggalkan Liverpool pada Januari ini manakala ada yang menyatakan Origi hanya mengemaskini status akaun Twitternya sahaja.
Manakala akaun IG beliau tidak terusik.
Origi menyertai Liverpool pada 2014 dan telah dipinjamkan ke Lille dan Wolfsburg sebelum menjaringkan gol penting bersama Liverpool dalam kempen UCL 2018 2019.
Namun kehadiran Diogo Jota dan juga Takumi Minamino telah menghadkan penampilannya dalam skuad Liverpool sejak akhir akhir ini.
ADMIN
Mungkin kemaskini sahaja kot. YNWA.
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment