Jurgen Klopp sahkan kelab akan memantau kecergasan James Milner dan Xherdan Shaqiri sebelum perlawanan menentang WBA, namun Thiago masih belum diturunkan.
Thiago Alcantara dilihat telah menjalani latihan bersama skuad sejak Oktober lepas ketika sesi latihan minggu ini.
Sebelum ini Thiago telah terlepas 2 perlawanan berikutan dijangkiti Covid 19, dan diturunkan ketika menentang Everton dengan ditakel keras oleh Richarlison hingga pemain Brazil itu dilayangkan kad merah.
Menurut Klopp menerusi sidang media :
"Thiago telah kembali menjalani latihan berpasukan buat pertama kali".
"Beliau tidak lagi terlibat dalam sesi latihan penuh, namun malangnya beliau telah tersisih lama dan tidak terburu buru untuk menurunkan beliau".
"Tetapi dua pemain lagi semakin hampir. Shaq dan Millie telah menjalani latihan penuh. Hari ini cuba menyesuaikan diri dalam pasukan".
"Ianya situasi baru buat kami dan masih mempunyai dua hari latihan untuk membuat keputusan".
"Mereka nampak baik namun saya tidak pasti. Thiago belum dapat kerana beliau harus terlibat dalam sesi latihan penuh. Namun tidak lama lagi".
ADMIN
Ini perkembangan cukup baik untuk pasukan LFC menjelang Tahun Baru. YNWA.
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment