Skip to main content

Liverpool Berjaya Melengkapkan Perpindahan Stefan Bajcetic - Sejurus Sebelum Brexit

Peraturan perpindahan pemain akan berubah selepas UK meninggalkan Kesatuan Eropah ( EU ) pada 01 Januari 2021.


Dan Liverpool berjaya melengkapkan perpindahan pemain remaja berusia 16 tahun tersebut dari Celta Vigo.

Echo melaporkan pada bulan lepas di mana mereka telah berbincang untuk mendapatkan pemain pertahanan tengah muda itu yang telah mendapat perhatian ramai pencari bakat dan juga kelab Man United. 

Liverpool sedaya upaya untuk melengkapkan perpindahan pemain muda ini sebelum Brexit berkuatkuasa pada 01 Januari 2021. 

Peraturan Brexit terbaru mengenai perpindahan adalah kelab tidak boleh mendapatkan pemain luar di bawah umur 18 tahun selepas 01 Januari 2021.

Bajcetic menyertai skuad muda Celta Vigo tiga tahun lepas dan merupakan pemain muda yang sedang meningkat naik. Beliau menarik minat pencari bakat Liverpool dan Man United pada masa yang sama. 

Liverpool percaya mereka boleh membantu pemain muda itu untuk diserapkan ke dalam skuad utama seperti Neco William dan Curtis Jones di mana mereka merupakan alumni Akademi sebelum ini.

Pemain ini juga boleh bermain di posisi tengah dan keluarga beliau percaya perpindahan ke kelab juara itu bakal memberikan pendedahan berterusan terhadap perkembangan karier beliau. 

Liverpool sebelum ini mendapatkan beberapa pemain muda dari luar seperti Fabian Mrozek, Mateusz Musialowski dan Marcelo Pitaluga untuk Akademinya. 

ADMIN

Welcome to Liverpool, Bajcetic. YNWA. 

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan