Skip to main content

Jurgen Klopp : "Kelebihan Dalam Liga Adalah Keinginan, Bukan Pengalaman".

Pengurus Liverpool itu berpendapat kejuaraan liga musim lepas bukanlah sesuatu kelebihan buat Liverpool hingga hujung musim ini.


Musim di mana Liverpool terlepas kejuaraan liga, sesetengah pihak mendakwa Liverpool gagal menyelesaikan tugasan adalah sesuatu yang tidak benar berbanding situasi skuad yang kurang berpengalaman ketika itu. 

Faktanya Liverpool menyelesaikan tugasan dengan merangkul kejuaraan liga lebih awal pada musim 2019 2020 namun strategi itu tidak boleh digunakan lagi pada musim kerana pencabar kali ini lebih mantap dan purata kutipan mata lebih dekat dari sebelumnya. 

Ditanya adakah kejayaan musim lepas merupakan satu kelebihan buat Liverpool musim ini, Klopp berpendapat ianya bukan faktor penentu sekarang dan hanya akan berfungsi di minggu minggu akhir persaingan EPL. 

Menurut Klopp :

"Kami tidak memikirkan untuk mempertahankan kejuaraan sekarang. Mungkin kenyataan ini membosankan tetapi kami mahu kekal kompetitif dan sentiasa bersedia untuk perlawanan seterusnya".

"Saya tidak mahu memperkatakan mengenai kelebihan. Jika berlaku kejutan dan kami berada di atas pada bulan April mungkin orang akan memperkatakan ianya pengalaman yang kami miliki. Namun itu hanya berlaku pada hujung April dan kami tidak tiba di lagi di sana ketika ini".

"Itupun jika kami masih di takhta liga. Jika dengan perbezaan 2 atau 3 mata ia tidak bermakna buat masa sekarang".

"Satu satunya kelebihan adalah memenangi setiap perlawanan".

Namun begitu Liverpool mempunyai kelebihan pada diri mereka berbanding pasukan pasukan lain untuk merangkul kejuaraan; mentaliti.

Itu adalah usaha Klopp selama bertahun tahun untuk merangkul kejuaraan dan itulah yang beliau lihat menerusi keinginan untuk mendapatkan sesuatu di kalangan pemainnya. 

"Kejayaan lepas memberikan pengaruh yang berbeza. Anda telah dapat namun anda mahukan lebih lagi. Pemain saya telah merangkul kejayaan dan mahukan lebih lagi namun ianya tidak dipengaruhi oleh kejayaan lampau".

"Kami telah meletakkan penanda aras namun anda harus lakukan lebih lagi di akhirnya".

ADMIN

Seperti biasa Klopp tidak terlalu berharap namun mahu lihatkan keinginan itu ditunjukkan oleh pemainnya untuk mencatatkan lebih banyak kejayaan.

Sumber : This Is Anfield

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football