Difahamkan Liverpool telah mengemukakan kontrak lanjutan baru buat beliau sejak awal Disember.
Dan pemain antarabangsa itu berjanji akan memaklumkan kepada kelab terlebih dahulu sebelum berbincang dengan mana mana kelab lain ketika ini.
Georginio Wijnaldum pula difahamkan memohon masa untuk memikirkan samada beliau mahu menerima tawaran kontrak lanjutan Liverpool tersebut.
Beliau akan menjadi ejen bebas pada musim panas hadapan dan boleh bercakap dengan mana mana kelab yang mengemukakan tawaran bermula 01 Januari. Liverpool dan Klopp berharap pemain itu akan kekal di kelab, namun setakat ini belum lagi dapat meyakinkan beliau untuk kekal di Liverpool.
Liverpool telah mengemukakan kontrak lanjutan pada awal Disember namun beliau memohon beberapa hari untuk mempertimbangkan tawaran tersebut.
Pemain ini menyertai Liverpool pada 2016 dengan nilai £23 juta dan setakat ini telah membantu kelab menjulang EPL dan juga UCL.
ADMIN
Dia masih teragak agak untuk sain kontrak baru. Apa pun keputusan kami menerima dengan hati terbuka. YNWA.
Sumber : Fabrizio Romano - Daily Mail
Comments
Post a Comment