Jaringan awal Sadio Mane dipadamkan oleh Ajayi di penghujung babak kedua perlawanan.
The Reds turun ke Anfield dengan lebih ampuh apabila menerima semula kehadiran James Milner dan Xherdan Shaqiri di bangku simpanan setelah tersisih akibat kecederaan.
Liverpool memulakan perlawanan dengan cukup baik apabila menguji kekuatan benteng WBA di awal perlawanan menerusi satu hantaran lintang Robbo, namun Mo Salah gagal menyambar peluang itu di hadapan gol pada minit ke 4.
The Reds tidak menunggu lama untuk membuka gol pendahuluan menerusi Sadio Mane pada minit ke 12, menerusi hantaran lambung Matip ke dalam petak.
Sadio Mane hampir menambah gol apabila giliran Hendo melakukan hantaran lintang tepat ke kepala Mane pada minit ke 20, namun tandukannya sipi dari pintu gol.
Liverpool menguasai perlawanan dengan baik dan cuba menambah gol pada minit ke 29 menerusi sepakan percuma TAA, namun tersasar dari pintu gol.
Half voli Mo Salah pada minit 34 turut tinggi sedikit melewati palang berpunca dari sepakan percuma dari kiri yang dikeluarkan pertahanan WBA.
Bersambung babak kedua, WBA menukar tempo perlawanan daripada gemar bertahan kepada lebih suka melakukan gerakan serangan balas.
Lebih memburukkan keadaan, Joel Matip terpaksa dikeluarkan pada minit ke 58 dan digantikan dengan Rhys William.
Dua minit selepas itu, buat pertama kalinya musim ini Jurgen Klopp dilayangkan kad kuning selepas dilihat membantah keputusan pengadil pada minit ke 60.
Liverpool tidak begitu agresif menyerang pada separuh masa kedua dengan peluang yang dimiliki Wijnaldum pada minit ke 65 turut dipersiakan di hadapan gol.
Minit ke 70 menyaksikan Grant berjaya memintas Rhys dengan melakukan larian ke hadapan gol namun percubaan beliau ditepis baik oleh Alisson.
Liverpool cuba menambah gol menerusi sepakan percuma luar petak pada minit ke 77, namun sekali lagi rembatan TAA itu sipi dari pintu gol.
Dan kealpaan Liverpool serta kurang agresif di separuh masa kedua dihukum dengan gol penyamaan menerusi tandukan Ajayi dari sepakan sudut pada minit ke 83.
Gol terhasil berikutan kegagalan Jones mengeluarkan bola dari kawasan sendiri hingga memaksa Rhys melakukan tandukan liar ke belakang untuk sepakan sudut.
Liverpool sebenarnya hampir memperolehi gol lewat perlawanan menerusi tandukan jarak dekat Firmino pada minit ke 89, namun Johnstone bertindak baik ketika itu hingga ke wisel penamat untuk kedua dua pasukan hanya berkongsi mata.
ADMIN
Kecewa dengan permainan pasukan di separuh masa kedua, tetapi akan ada peluang lain. YNWA.
Comments
Post a Comment