Skip to main content

Jurgen Klopp Sahkan Kecederaan Joel Matip "Merisaukan" - Termasuk Naby Keita

Pemain dari Cameroon, Joel Matip mengalami kecederaan itu ketika aksi menentang WBA. 


Jurgen Klopp mengesahkan kecederaan pemain itu adalah sesuatu tidak bagus didengari buat masa sekarang. 

Ditambah lagi dengan isu kecergasan yang dialami Naby Keita ketika ini dan terpaksa disisihkan dalam perlawanan semalam.

Joel Matip akan menjalani imbasan pada hari ini untuk mengetahui tahap kecederaan dan dijangka tidak akan diturunkan dalam perlawanan menentang Newcastle.

Menurut Klopp selepas perlawanan menentang WBA :

"Joel Matip mengalami masalah di bahagian pangkal paha, sudah pasti ia berita yang kurang baik".

"Tidak pasti sejauh mana tahap kecederaan, namun cukup untuk beliau dikeluarkan".

"Ianya bukan pertama kali pemain pertahanan tengah mengalami kecederaan. Sudah pasti ianya tidak cukup baik".

"Beliau berada dalam kecergasan yang baik sebelum ini. Kami terpaksa menerima hakikat untuk kehilangan khidmat beliau sekali lagi".

Manakala Naby Keita pula dijangka akan tersisih dalam perlawanan menentang Newcastle pada Rabu ini selepas terlepas aksi menentang WBA.

Tambah Klopp :

"Naby merasai sesuatu lagi pada ototnya. Sudah pasti beliau terlepas perlawanan menentang WBA dan juga menentang Newcastle United selepas ini. Kita akan lihat semula"

ADMIN

Masih ramai lagi pemain yang boleh mengisi kekosongan tersebut. YNWA. 

Sumber : Liverpool Echo


Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan