The Reds telah dikaitkan dengan perpindahan pemain itu pada Januari hadapan.
Namun Liverpool menyatakan mereka tidak berminat untuk mendapatkan pemain tersebut - dan dijangka tidak melakukan sebarang perpindahan major pada Januari ini.
Sebelum ini terdapat laporan bahawa Liverpool dan Lille telah bersetuju untuk perpindahan pemain ini di Anfield.
Namun dakwaan itu tidak benar seperti dilaporkan dengan Sanches bukan pemain sasaran - samada pada Januari atau musim panas hadapan.
Ditambah lagi, Liverpool dijangka melakukan perpindahan minima dengan kelab berkemungkinan tidak akan mengukuhkan skuad menerusi pembelian pemain.
Meskipun kehilangan khidmat Joe Gomez dan Virgil Van Dijk setakat ini, Jurgen Klopp dilaporkan berpuas hati dengan pilihan pemain pertahanan muda dari Academy seperti Rhys William dan Nat Phillip sebagai back up option buat Joel Matip dan Fabinho.
Selain itu, pemain pilihan lain seperti Billy Koumetio turut telah diberikan pendedahan pada musim ini dengan Jordan Henderson juga mampu bermain sebagai pemain pertahanan tengah, signifikan semasa menentang Fulham 2 minggu lepas.
Thiago, James Milner dan Xherdan Shaqiri dijangka memberikan lebih banyak pilihan di tengah dalam masa terdekat, manakala Diogo Jota dan Kostas Tsimikas dijangka kembali pada awal Februari.
Liverpool hanya mempertimbangkan untuk memasuki pasaran perpindahan jika berlaku lagi kecederaan major atau berlaku perpindahan pemain secara tetap.
Dan Klopp akan bergantung kepada skuad sedia ada untuk menghadapi baki musim ini.
ADMIN
Renato Sanches terlalu "baik" untuk Liverpool. Lagipun midfield dah pack. YNWA.
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment