Liverpool dipaksa untuk seri 0 - 0 dengan Newcastle dengan Mo Salah dan Roberto Firmino terlepas beberapa peluang menjaringkan gol.
Dalam perlawanan tersebut, Liverpool memiliki beberapa perlawanan keemasan untuk menjaringkan gol menerusi gerakan Mo Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino tetapi Karl Darlow mempamerkan prestasi terbaiknya di hadapan gawang Newcastle.
Namun begitu Klopp tidak terlalu risau untuk memikirkan trio serangan itu gagal mempamerkan prestasi sebenar dalam perlawanan tersebut.
"Saya tidak gembira dengan keputusan ini, namun tidak terlalu kecewa".
"Jika anda tidak menggunakan peluang itu, maka sukar untuk memenangi perlawanan. Namun anda boleh seri dengan prestasi bagus atau tidak bagus, jadi malam ini keputusan seri dengan prestasi yang bagus".
"Kami tidak menggunakan peluang itu sebaiknya, jadi itulah sebab kami tidak dapat memenangi perlawanan".
"Anda harus risau jika anda tidak mencipta peluang menjaringkan gol. Anda mencipta peluang, ianya satu momentum. Jika anda mencipta peluang berterusan, anda akan menjaringkan gol".
"Saya tahu kami akan menjaringkan gol kembali. Apa yang perlu kami lakukan adalah memberikan reaksi ketika perlawanan separuh masa kedua ketika menentang WBA dahulu. Kami hilang plot permainan ketika itu seolah olah ketinggalan 1 - 0 berbanding mendahului 1 - 0".
"Dan malam ini kami memberikan reaksi bagus walaupun tanpa keputusan. Semua orang tahu jika kami memenangi perlawanan dengan 1 - 0, ianya bagai di awang awangan dan kami sepatutnya menang dengan jaringan itu".
"Kami harus menerima keputusan ini. Saya boleh membantu untuk mendapatkan keputusan dan cuba memperbaiki prestasi pasukan".
"Kami tidak perlu menukar sesuatu dalam 3 - 4 hari ini dengan keputusan sebegini".
ADMIN
Kita lihat bagaimana plot menentang Liverpool B pula. YNWA.
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment