Skip to main content

Statistik Pra Perlawanan : Newcastle United vs Liverpool

Andy Robertson, gol menentang Newcastle United dan statistik musim 2020. 


Berikut adalah statistik pra perlawanan menjelang pertemuan Newcastle vs Liverpool.

Jika Robbo diturunkan, ianya merupakan penampilan ke 150 bersama Liverpool.

Liverpool telah memenangi 5 perlawanan terakhir dalam pertemuan dengan Newcastle United, dua daripadanya di St James Park. Namun tidak pernah melakukannya sebanyak 6 kali berterusan. 

Skuad Jurgen Klopp telah menjaringkan 3 gol ke atas dalam 4 pertemuan terakhir menentang Newcastle.

Perlawanan kedua dua pasukan tidak pernah berakhir tanpa jaringan sejak 68 kali pertemuan liga - kali terakhir pada 1974. 

Liverpool telah menjaringkan 104 gol menentang Newcastle, terbanyak ketika perlawanan mana mana pasukan dan menjaringkan 43 gol di St James Park. 

Ini merupakan perlawanan terakhir Liverpool untuk tahun 2020, mereka telah meraih 76 mata dari 34 perlawanan liga dalam 2020. 

The Reds tidak tumpas dalam 11 perlawanan berterusan, lebih panjang dari mana mana kelab dalam liga sekarang, dan juga satu satunya pasukan yang menjaringkan gol dalam setiap perlawanan musim ini. 

Mo Salah adalah penjaring terbanyak kelab pada tahun 2020 dengan 23 gol, diikuti Sadio Mane dengan 14 gol, Roberto Firmino 8 gol dan Diogo Jota 5 gol.

Mo Salah telah menjaringkan gol dalam setiap perlawanan menentang Newcastle jika diturunkan dalam kesebelasan utama. 

ADMIN

Ramalan anda? Kena menang walaupun tugas sukar. Apapun YNWA. 

Sumber : Liverpool FC



Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football