Skip to main content

Jurgen Klopp Memberikan Sebab Mengapa Sadio Mane Digantikan Dengan Mo Salah

Beliau kelihatan kecewa apabila digantikan dengan Mo Salah namun Klopp mempunyai sebab tersendiri. 


Dan Jurgen Klopp mendedahkan pemain itu baik baik sahaja selepas reaksi marah beliau setelah digantikan. 

The Reds ketika itu mendahului 4 - 0 di mana Sadio Mane ketika itu menjaringkan gol kedua dibawa keluar sejurus sebelum sejam perlawanan. 

Mane tampak enggan dikeluarkan namun akhirnya mengalah dan berjalan keluar ke bangku simpanan selepas itu. 

Klopp memberikan respon terhadap reaksi Mane itu hanyalah "tindakbalas seorang manusia".

"Beliau tidak marah terhadap Mo".

"Beliau tidak gembira mungkin kerana beliau melihat masa permainan, dan situasi sepakan percuma ketika itu. Beliau dikeluarkan sebelum sepakan percuma dilakukan".

"Mereka tidak boleh bermain seperti ini. Mereka bukanlah seorang tentera yang hanya menurut apa yang pegawai arahkan".

"Mereka bermain mengikut arahan saya, mereka hanya manusia dan memberikan reaksi terhadap perkara tertentu".

Beliau kekal di bangku simpanan sambil menyaksikan Liverpool menjaringkan 2 gol menerusi Mo Salah selepas itu. 

Reaksi Mane itu adalah sama seperti Mo Salah ketika dikeluarkan dalam perlawanan menentang Brighton beberapa minggu lepas. 

Beliau memberikan reaksi kecewa ketika dikeluarkan dalam perlawanan tersebut dan Mane dibawa masuk tetapi Jurgen Klopp mendedahkan bahawa ianya reaksi biasa sahaja.

Tambah Klopp :

"Jika Mo Salah meninggalkan padang dengan ceria, ianya sesuatu yang tidak kena".

"Saya tahu beliau kecewa namun masalahnya beliau telah tersisih akibat Covid 19 selama 10 hari. Beliau berlatih, bermain selama 60 minit dan diturunkan lagi 3 hari kemudian".

"Kami hanya mahu mengambil langkah berhati hati. Saya faham kekecewaan beliau namun ianya sesuatu yang kami wajar lakukan".

ADMIN

Normal la tu marah sekejap, esok baik semula. YNWA.

Sumber :Daily Mirror

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football