Beliau sebelum ini bertindak menyelaras peminjaman pemain muda dan koordinasi untuk masa depan pemain tersebut.
Ward telah bekerja dengan Liverpool FC selama 8 tahun, dengan 5 tahun kebelakangan ini menyelaras pemain muda untuk dipinjamkan ke kelab lain buat sementara.
Antara peranan Ward adalah memantau perkembangan pemain muda di kelab lain, sekaligus memberikan informasi untuk Jurgen Klopp dan staf kejurulatihan mengenai perkembangan pemain tersebut.
Liverpool kini mahu memberikan ganjaran kepada penyelaras pinjaman pemain muda ini dengan menawarkan jawatan Penolong Sporting Director kepada beliau.
Difahamkan Michael Edwards dan Presiden FSG mahu menawarkan jawatan itu kepada Julian Ward ketika ini.
Ward selepas ini akan bekerja lebih rapat dengan Edwards di unit rekrutmen dengan Liverpool berazam mahu meneruskan rentak kecemerlangan di pusingan kedua EPL musim ini.
Liverpool memiliki reputasi besar dengan meneliti destinasi untuk pemain muda itu dipinjamkan, terutama meneliti projek yang dilakukan oleh sesuatu kelab itu adakah memberikan kepentingan buat perkembangan pemain muda tersebut.
Proses itu berjaya membuatkan Rhian Brewster menyerlah di Swansea City musim lepas dengan menjaringkan 11 gol dari 22 penampilan.
Prestasi sebegitu di Swansea yang membuatkan Liverpool mampu menjual Brewster ke Sheffield United dengan nilai £23 juta meskipun pemain itu hanya melakukan satu penampilan bersama kelab musim ini.
Manakala hala tuju Harvey Elliot juga ditentukan dengan baik dan dipinjamkan ke Blackburn Rovers musim ini, dengan melihat kepada rekod Tony Mowbray yang bagus dalam perkembangan pemain muda.
Sebelum ini Julian Ward bekerja dengan Man City sebelum beralih arah kepada pencari bakat Liverpool pada 2012 dan menjawat jawatan itu selama 3 musim sebelum ditawarkan jawatan penyelaras pemain untuk dipinjamkan.
ADMIN
Pembantu Michael Edwards yang bagus. YNWA.
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment