Skip to main content

Diogo Jota Dijangka Kembali Lebih Awal Selepas Tersisih Akibat Kecederaan

Beliau berada dalam landasan terbaik dalam pemulihan kecederaan lutut beliau. 


Jota telah mengalami kecederaan ligamen lutut ketika menentang FC Midtyjjland dalam aksi UCL, dan telah tersisih dalam 6 hingga 8 minggu. 

Beliau kini telah terlepas 5 perlawanan sebelumnya dan dijangka akan kembali selewat lewatnya dalam perlawanan menentang Leicester pada 13 Februari atau menentang RB Leipzig dalam aksi UCL pada 16 Februari. 

Menurut James Pearce daripada The Athletics, jika pemulihan Jota menunjukkan beliau hanya tersisih selama 6 minggu beliau akan dapat diturunkan dalam perlawanan pusingan keempat Piala FA 2020 - 2021, jika mampu mengatasi Aston Villa dalam pusingan ketiga. 

Selain itu perlawanan menentang Spurs pada 27 Januari dan West Ham pada 30 Januari adalah sesuatu yang releven juga, dengan Klopp kini memerlukan pemain penyerang yang kompeten untuk dijadikan pilihan. 

Mo Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino masing masing gagal menjaringkan gol ketika menentang Newcastle, dengan peluang Salah yang gagal menemui jaring belakang gol telah mendedahkan bahawa Klopp memerlukan pertukaran akhir untuk mencipta gol di saat akhir. 

Jota telah membuktikan beliau adalah pilihan tepat untuk melakukan tugas itu sebelum ini, dengan menjaringkan 9 gol dari 17 penampilan bersama Liverpool - termasuk 4 gol dalam 4 perlawanan berterusan di Anfield di mana beliau adalah pemain pertama yang telah melakukan itu. 

Selain itu Thiago, James Milner dan Xherdan Shaqiri telah kembali bermain dan Klopp mengakui bahawa ianya berita yang menggembirakan hati beliau perkara terbaik juga adalah tiada isu kecederaan terbaru. 

James Pearce menambah lagi, Naby Keita turun akan kembali cergas manakala Tsimikas juga akan kembali pada sela masa yang sama seperti Jota. 

Dengan Matip hanya tersisih selama 3 minggu, barisan pemain yang masih tersisih akibat kecederaan hanyalah Virgil Van Dijk dan Joe Gomez. 

ADMIN

Ini satu perkhabaran yang baik. YNWA. 

Sumber : This Is Anfield via James Pearce

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan