Pemain itu meninggalkan Liverpool pada Januari 2018 dengan nilai yang cukup tinggi.
The Reds telah menjual pemain itu dengan rekod perpindahan ketiga tertinggi di dunia buat masa itu.
Ketika perpindahan itu dimeterai bersama kelab La Liga tersebut, Michael Edwards memasukkan klausa khas untuk membuatkan Barca tidak akan kembali untuk mendapatkan mana mana pemain Reds hingga tahun 2020 - dengan nilai penjualan Coutinho adalah £106 juta dengan klausa tambahan bernilai £36 juta.
Pada Ogos lepas, Barca hanya perlu membayar £4.4 juta lagi dari bayaran penuh sebenar untuk Phil Coutinho dan Echo difahamkan bayaran tersebut akan dilakukan jika pemain itu melakukan beberapa penampilan lagi buat Barca mengikut klausa yang dipersetujui.
Laporan akhbar Spain, Sport mendakwa Liverpool akan menerima lagi £18 juta jika melakukan 100 penampilan buat Barcelona.
Namun sebenarnya Liverpool akan dibayar £4.4 juta dalam setiap 15 penampilan Coutinho buat Barcelona, dan ini bermakna Liverpool telah menerima £26.4 juta dalam 90 penampilan untuk Barcelona.
Selain itu, Barcelona juga membayar £4.4 juta kepada Liverpool selama 2 musim berterusan setelah berjaya mara ke Suku Akhir UCL selama 2 musim.
Setakat ini Ronald Koeman mendedahkan bahawa Coutinho adalah sebahagian dari evolusi pasukan ketika ini, meskipun kelab itu mempertimbangkan untuk melepaskan pemain ini berikutan masalah kewangan setelah Covid 19 melanda.
Namun realitinya Liverpool telah menjaya melakukan transaksi terbesar dalam sejarah bolasepak England dengan pemain itu masih mencari rentak permainannya seperti yang dinikmati di Anfield.
Michael Edwards juga telah memasukkan klausa di mana Barca harus membayar premium £89 juta dahulu untuk mana mana pemain yang diminati Barcelona - namun klausa itu bakal berakhir pada Januari hadapan.
ADMIN
Punya besar bayaran dan bijak betul Sporting Director Michael Edwards.
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment