Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2020

Sepp Van Den Berg Menarik Minat Kelab Untuk Dipinjamkan

Pencari bakat dari kelab Liga Championship, Eredevisie dan Bundesliga 2 sedang memantau RSSapat perkembangan beliau. Difahamkan pencari bakat di kelab Liga Championship di England dilaporkan berada di Prenton Park pada malam Selasa bagi memerhati perkembangan beliau setelah dilaporkan beliau akan beraksi bersama skuad Bawah 21 Liverpool menentang Tranmere Rovers untuk kejohanan EFL Trophy.  Beliau adalah pemimpin di bahagian pertahanan pasukan tersebut meskipun Liverpool Bawah 21 tewas 3 - 2. Pemain muda itu melakukan beberapa takel terbaik bagi membantu pasukan dengan tampak menyerlah di atas padang.  Van Der Berg juga menarik minat pencari bakat dari Eridivisie dan juga Bundesliga 2. Kebanyakan pencari bakat amat berpuas hati dengan persembahan beliau, dengan pemain prospek ini merupakan antara pemain paling berpengalaman dalam skuad tersebut.  Echo difahamkan bahawa Liverpool sedang mempertimbangkan untuk meminjamkan beliau samada di kelab domestik atau Eropah dengan dijangka keputu

Loris Karius Dan Kamil Grabara Melengkapkan Perpindahan Secara Pinjaman

Karius kembali ke Germany untuk menyertai Union Berlin manakala Kamil Grabara ke AGF Aarhus.  Kedua dua pemain ini melengkapkan perpindahan pada tengahari Isnin lepas.  Karius yang kini berusia 27 tahun menyertai kelab Bundesliga itu setelah melalui musim yang sukar dalam kariernya selama 4 tahun sejak menyertai Liverpool pada 2016. Menyertai dari Mainz, beliau bersaing dengan Simon Mignolet sebelum melakukan beberapa kesilapan ketika Final UCL 2017 2018.  Selepas itu kelab membenarkan beliau untuk menyertai Besiktas selama 2 musim namun beliau telah menamatkan kontraknya di sana lebih awal berikutan dakwaan tunggakan gaji dan Liverpool telah dikritik oleh pengurusan kelab tersebut termasuk oleh pengurusnya sendiri Senol Gunes. Ketika ini Karius telah melakukan 49 penampilan bersama Liverpool dan telah menjalani latihan pramusim bersama kelab musim ini.  Sementara itu Grabara telah menyertai AFG Aarhus secara pinjaman yang akan memulakan kempen Danish Superliga pada awal bulan ini.  Ia

Thiago Alcantara Disahkan Positif Covid 19

Beliau akan mengikuti protokol EPL dan akan menjalani kuarantin kendiri. Beliau telah menunjukkan gejala ringan untuk jangkitan tersebut dan kelab menyatakan beliau dalam keadaan baik dan semakin pulih.  Pemain berusia 29 tahun itu dilihat menjalani latihan di Melwood pada Jumaat, namun terlepas perlawanan pada awal pagi Isnin berikutan masalah kecergasan seperti yang dilaporkan sebelum ini.  Dan Thiago akan menjalani kuarantin kendiri selama 10 hari manakala ahli keluarga beliau juga akan menjalani kuarantin selama 14 hari.  Menurut doktor kelab Jim Moxon : "Ianya pilihan oleh pemain samada mahu mendedahkan keputusan Covid 19 secara umum". "Kami telah mengikuti garis panduan protokol dan Thiago okay. Beliau akan melakukan kuarantin kendiri dan diharap akan kembali kepada kami tidak lama lagi". Sebelum ini Jurgen Klopp telah mendedahkan bahawa Thiago bakal terlepas 2 perlawanan seterusnya menentang Arsenal dan Aston Villa.  ADMIN Get well soon Thiago and family. YNW

Jurgen Klopp Sahkan Thiago Akan Terlepas 2 Perlawanan Liverpool FC Seterusnya

Bekas pemain Bayern Munich ini melakukan penampilan pertama ketika menentang Chelsea namun terpaksa menunggu untuk penampilan seterusnya.  Sebelum ini Jurgen Klopp telah menyatakan pemain ini dijangka akan diturunkan dalam perlawanan menentang Arsenal.  Namun selepas itu media melaporkan bahawa pemain ini telah terlepas banyak sesi latihan dan difahamkan mengalami kecederaan yang tidak dipastikan.  Laporan itu ternyata benar apabila Thiago tidak disenaraikan dalam skuad menentang Arsenal awal pagi tadi.  Dan Klopp mendedahkan bahawa beliau akan terlepas aksi menentang Aston Villa selain dari aksi menentang Arsenal (sekali lagi) dalam EFL Cup.  Menurut Klopp menerusi Sky Sports : "Selepas perlawanan antarabangsa beliau dijangka pulih". "Yang pasti dalam situasi ketika ini, beliau tidak cukup cergas dan tidak akan bermain dalam perlawanan hari ini". Perlawanan selepas cuti rehat perlawanan antarabangsa adalah perlawanan Merseyside Derby yang dijangka berlangsung pada

Diogo Jota : Saya Berharap Peminat Berada Di Sini Untuk Menyaksikan Saya Menjaringkan Gol!

Pemain itu melakukan penampilan pertama dalam EPL bersama Liverpool dan menjaringkan gol pertama untuk kelab barunya itu.  Dan sebenarnya beliau mengharapkan bahawa Anfield akan penuh hari ini bagi menyaksikan gol pertamanya di Liverpool untuk membantu kelab mencatatkan kemenangan 3 - 1 ke atas Arsenal. Jota dimasukkan selaku pemain gantian kepada Mane pada minit ke 80, dan 8 minit kemudian beliau melakukan kawalan bola yang cantik sebelum melepaskan rembatan melepasi Leno.  Menurut Jota menerusi Sky Sports : "Wow, ianya perasaan yang amat mengagumkan". "Cuma saya dapat berharap peminat berada di sini dan ianya akan menjadi sesuatu yang istimewa buat saya. Namun apapun keputusan perlawanan amat penting dan saya dapat membantu pasukan mencatatkan kemenangan". "Gol pertama adalah yang paling sukar. Saya harus bekerja keras untuk mendapatkannya, kini saya berjaya memperolehinya dan mahukan lebih lagi". Jota memperolehi peluang keemasan sebelum itu untuk menja

Highlight Perlawanan : Liverpool 3 Arsenal 1 ( EPL 2020 2021 )

Gol daripada Sadio Mane, Andy Robertson dan Diogo Jota sudah cukup untuk Liverpool mengutip 3 mata penuh untuk perlawanan heavyweight menentang Arsenal.  Namun sebelum itu Liverpool ketinggalan oleh jaringan Alexander Lacazette.  Saksikan : Link untuk menonton : Liverpool vs Arsenal ADMIN Kredit buat Alisson yang bekerja keras di bahagian gawang dan menafikan 2 percubaan Arsenal di separuh masa kedua.

The Reds Benam Arsenal 3 - 1 Untuk Mengekalkan Kemenangan 100% Dalam EPL

Hari paling menggembirakan buat Diogo Jota yang menjaringkan gol debut buat Liverpool di Anfield. Liverpool menyenaraikan pemain tanpa kehadiran Thiago yang dijangka tersisih hingga cuti perlawanan antarabangsa namun Alisson sempat pulih.  Manakala Arsenal menyenaraikan barisan pemain utama dengan Aubameyang, Lacazette dan Willian mengetuai barisan serangan. Liverpool menghadirkan ancaman awal pada minit ke 11 apabila tandukan VVD hasil hantaran lintang Trent menuju ke gol namun dikeluarkan oleh David Luiz di hadapan gol.  Mane hampir membuka gol apabila menguis pantas hantaran lintang leret Trent di hadapan gol namun ditepis Leno pada minit ke 14. Giliran Trent pula melakukan percubaan deras di hadapan petak penalti Arsenal hasil sepakan sudut tetapi malangnya terkena kaki pertahanan Arsenal dan melantun di palang.  Tiga minit berselang, Wijnaldum pula gagal melakukan rembatan kencang di hadapan gol dengan bola terus ke dakapan Leno.  Tetapi Arsenal merupakan pasukan yang mendahului L

Statistik Pra Perlawanan : Liverpool FC vs Arsenal FC ( EPL )

Sebanyak 162 gol dijaringkan oleh kedua dua pasukan dalam 56 pertemuan liga, dengan Liverpool memenangi 21 perlawanan berbanding 16 untuk Arsenal.  Lapan perlawanan terakhir di Anfield dalam semua kejohanan telah menghasilkan 44 gol, manakala 16 perlawanan liga di semua venue menghasilkan 72 gol. Berikut adalah statistik pra perlawanan : Liverpool memerlukan lagi tiga gol untuk mencatatkan gol ke 400 Liverpool dalam liga di bawah Jurgen Klopp. Ini merupakan perlawanan ke 185 yang dikendalikan Jurgen Klopp bersama Liverpool. Liverpool mencatatkan 8 penjaring berbeza dalam 4 perlawanan musim ini; Marko Grujic, Curtis Jones, Takumi Minamino, Sadio Mane, Mo Salah, Divock Origi, Xherdan Shaqiri dan Virgil Van Dijk. Ini adalah rekod baru kelab.  Skuad Klopp tidak terkalah dalam 60 perlawanan liga di Anfield dengan 49 kemenangan dan 11 seri - mereka cuba untuk menyamai rekod kelab iaitu 63 perlawanan tanpa kalah pada 1978 dan 1981. Fernando Torres merupakan pemain yang menjaringkan hatrik sec

Kecergasan Thiago Dan Alisson Diragui Menjelang Sepakmula Liverpool vs Arsenal

Kedua dua pemain ini difahamkan terlepas sesi latihan sejak 48 jam lepas. Difahamkan juga kedua dua pemain akan menjalani ujian kecergasan lewat menjelang perlawanan penting awal pagi Selasa ini. Menurut Paul Joyce dari The Times dan Melissa Reddy dari Independent, kedua dua pemain ini mengalami kecederaan yang tidak diketahui dan telah terlepas sesi latihan sejak beberapa hari lepas. Jurgen Klopp kini menunggu hasil pemeriksaan lanjutan dan perkembangan terkini dengan penampilan mereka pada awal pagi Selasa tidak terjamin. Mereka akan terus dinilai oleh pada hari Isnin untuk memastikan mereka cergas sepenuhnya sebelum diturunkan menentang Arsenal. Kedua dua pemain ini dijangka akan diturunkan dalam perlawanan tersebut, dan jika berlaku kecederaan maka Adrian akan kembali menjadi penjaga gol ketika itu dan Fabinho akan kembali ke bahagian holding midfielder bersama sama Gini Wijnaldum dan Naby Keita.  Liverpool ketika ini telah kehilangan khidmat Jordan Henderson, Joel Matip dan Alex O

Jurgen Klopp : Kami Akan Cuba Untuk "Strike Back" Ketika Menentang Arsenal

Liverpool telah tewas dalam dua pertemuan dengan pasukan kendalian Mikel Arteta sebelum ini.  Dan Jurgen Klopp menjelaskan skuadnya mahu bangkit ketika menentang Arsenal dalam perlawanan awal pagi Selasa ini.  Arsenal telah mencatatkan kemenangan ke atas Liverpool pada Julai lepas setelah gol daripada Alexandre Lacazette dan Reiss Nelson memadamkan gol awal oleh Sadio Mane. Namun ketika itu Liverpool telah sah dinobatkan juara EPL dengan ketika itu prestasi Liverpool telah menurun. Antara faktor kekalahan Liverpool ketika itu adalah disebabkan kelemahan di pertahanan, kelemahan penjaga gol dan juga sukar menguasai bola dengan perkara itu amat jarang berlaku ketika awal dan pertengahan musim. Manakala kekalahan kedua Liverpool ke atas Arsenal adalah ketika Perisai Komuniti yang berakhir dengan penentuan sepakan penalti yang menyaksikan perlawanan sebenar sebelum itu berakhir dengan keputusan seri 1 - 1. Menurut Klopp :  "Keputusan perlawanan memberikan keyakinan". "Namun

Sadio Mane Menjelaskan Reaksi Bilik Persalinan LFC Setelah Ketibaan Thiago Alcantara

Menyertai The Reds pada Jumaat dan melakukan penampilan pertama ketika menentang Chelsea sebelum Sadio Mane menjaringkan 2 gol.  Dan Sadio Mane menyatakan kegembiraannya setelah Thiago menyertai Liverpool dari Bayern Munich. Beliau menjelaskan betapa terujanya pemain Liverpool dan percaya Thiago mampu membawa kelab itu ke satu tahap lebih tinggi. Thiago menyertai Liverpool pada Jumaat, dan kemudian disenaraikan dalam skuad di bangku simpanan sebelum diturunkan untuk menggantikan Jordan Henderson.  Pemain berjersi nombor 6 itu telah melakukan 75 hantaran tepat dalam 45 minit permainan, yang terbanyak oleh seorang pemain dalam separuh masa sejak data mula direkodkan pada 2003 / 2004. Dan Sadio Mane turut teruja untuk beraksi bersama sama pemain antarabangsa Spain itu dan menyifatkan kehadiran dua pemain baru yang lain seperti Diogo Jota dan Kostas Tsimikas mampu membantu melonjakkan kelab untuk memburu trofi kelab.  Menurut Mane :  "Saya berpendapat bukan peminat sahaja yang teruja

Loris Karius Semakin Hampir Untuk Menyertai Union Berlin Secara Pinjaman

Beliau dijangka akan melengkapkan formaliti di kelab Bundesliga itu pada awal minggu hadapan.  Sebelum ini beliau melalui musim yang sukar selama 4 tahun sejak menyertai The Reds pada 2016. Menyertai Liverpool dari Mainz, beliau bersaing untuk merebut slot penjaga gol utama LFC sebelum melakukan dua kesilapan berprofil tinggi dalam perlawanan akhir UCL 2017 - 2018 ketika menentang Real Madrid. Selepas itu Liverpool mendapatkan Alisson dari Roma dengan nilai £65 juta sebelum membenarkan Karius menyertai Besiktas secara pinjaman selama 2 musim. Namun karier beliau di Turki juga berakhir dengan kontroversi apabila beliau menamatkan kontrak lebih awal di sana. Karius terlibat dengan kontroversi di mana beliau dikatakan tidak dibayar gaji oleh kelab dan Liverpool menjadi sasaran kritikan oleh pengurus kelab Besiktas, Senol Gunes.  Ejen Karius Florian Goll menyifatkan dakwaan itu hanya untuk menjadikan Loris Karius sebagai kambing hitam di kelab tersebut dan mengecam cara Besiktas mengendali

Neco Williams "Menghitamkan" Laman Twitter Beliau Setelah Dikecam Peminat LFC

Beliau telah melakukan satu kesilapan ketika perlawanan menentang Lincoln City yang menjurus kepada gol pembukaan tuan rumah. Adakah pemain ini bermain dengan begitu buruk sekali? Lebih lebih lagi pasukan anda memenangi perlawanan dengan 7 - 2. Dan selepas perlawanan tersebut, beliau telah menghitamkan laman Twitter beliau dengan andaian terdapat beberapa komentar atau kecaman yang dilemparkan oleh sebahagian peminat Liverpool di sana.  Ketika itu beliau kehilangan bola dan Tayo Edun menjaringkan gol pertama Lincoln City pada minit ke 60. Namun kesilapan itu hanyalah sesuatu yang kecil di mana tidak menjejaskan laluan Liverpool ke pusingan seterusnya menentang Arsenal.  Sejurus selepas beliau menghitamkan laman Twitter beliau, beliau menerima ramai sokongan dari peminat.  ADMIN Besar sangat ke silap dia sampai Liverpool tersingkir? Macam tu ke YNWA? Sumber : Empire Of The Kop

Curtis Jones : Saya Gembira Dengan Jaringan Gol Saya - Namun Kemenangan Lebih Penting

Beliau dinobatkan sebagai MOTM ketika persembahan beliau menentang Lincoln City namun mahu melihat Liverpool mara ke pusingan seterusnya dalam Carabao Cup.  Liverpool dijadualkan bertemu Arsenal di halaman sendiri setelah membenam cabaran pasukan League One dengan 7 gol berbalas 2. Jones sendiri menjaringkan 2 gol buat Liverpool di samping pemain lain seperti Takumi Minamino dengan 2 gol dan 1 gol masing masing dijaringkan Grujic, Origi dan Shaqiri.  Curtis Jones menerusi Liverpool FC : "Bermain dalam kejohanan seperti ini, kelab kelab lain boleh memberikan kejutan buat anda. Namun saya berpendapat rakan sepasukan memberikan komitmen 100% dan telah menunjukkan pada hari ini". "Saya gembira dengan gol saya namun apa yang penting kami berjaya meraih kemenangan dan mara ke pusingan seterusnya". "Saya tidak sabar untuk menentang Arsenal samada diturunkan dalam kesebelasan utama atau dari bangku simpanan. Saya akan memberikan komitmen 100%". "Saya berpenda

Jurgen Klopp Mengakui Kesilapan Mengeluarkan Shaqiri : Namun Tidak Meragui Kualitinya

Beliau menjelaskan sebab mengapa beliau mengeluarkan Shaqiri dan memuji persembahan pemain antarabangsa Switzerland itu. Pemain itu membuka jaringan buat Liverpool seawal minit 8 menerusi sepakan percuma cantik dari luar petak penalti.  Beliau memperagakan persembahan yang baik dengan bermain di bahagian tengah, bermain dengan serasi dan mengambil beberapa situasi set pieces dengan cemerlang.  Namun pada minit ke 75, Klopp menggantikan Shaqiri dengan Naby Keita kerana khuatir pemain itu mengalami kecederaan.  Shaqiri menjelaskan beliau tidak mengalami apa apa kecederaan ketika itu tetapi Klopp berpendapat ianya bagus juga untuk memasukkan Naby Keita untuk pasukan itu menekan lawan bagi memperolehi gol ketujuh. "Shaq telah bermain dengan amat cemerlang". "Cemerlang di posisi yang bukan kegemaran beliau, di bahagian tengah namun beliau dapat melaksanakan tugas dengan begitu baik sekali". "Ianya kesilapan saya mengeluarkan beliau. Saya khuatir beliau mengalami kec

Jurgen Klopp Menjelaskan Posisi Yang Sesuai Untuk Takumi Minamino Bersama Sama Diogo Jota

Pengurus Liverpool itu gembira dengan persembahan anak buahnya setelah menewaskan Lincoln City dengan 7 - 2. Dan Klopp menyatakan di manakan Takumi Minamino akan bermain selepas ketibaan Diogo Jota.  Minamino menjaringkan 2 gol untuk membantu Liverpool manakala Diogo Jota dimasukkan selepas sejam permainan berlangsung untuk menggantikan Harvey Elliot.  Kedua dua pemain ini berada di posisi serangan dan timbul persoalan di mana mereka akan diletakkan dalam skuad Liverpool FC.  Dan Klopp menjelaskan bahawa Minamino akan banyak bermain di posisi tengah serangan manakala Jota akan beroperasi di bahagian sayap serangan.  "Saya suka cara permainan Taki. Beliau amat menyerlah". "Beliau terlibat dalam pelbagai situasi, lebih banyak dia terlibat kami lebih memahami kualiti yang beliau miliki". "Beliau akan lebih banyak bermain di kawasan tengah serangan - walaupun beliau akan bermain di bahagian sayap, beliau akan masuk ke kawasan half space dan ke tengah. Di situ kekua

Liverpool Mengakhiri Pemburuan Ismaila Sarr Selepas Berjaya Mendapatkan Diogo Jota

Pemain Watford itu merupakan antara pemain sasaran buat Liverpool sepanjang musim panas ini.  Namun kelab liga Championship itu mahukan pulangan lebih lumayan untuk pemain termahalnya itu.  Bekas pemain Rennes itu adalah antara pemain yang mencuri perhatian selepas berjaya membantu Watford menewaskan Liverpool dalam liga dan menarik beberapa kelab setelah kelabnya disingkirkan dari liga.  Namun menurut James Pearce dari The Athletics, pemain antarabangsa Senegal itu tidak akan menyertai Liverpool pada pintu perpindahan kali ini. Pearce telah mengesahkan bahawa pilihan Liverpool adalah "antara Sarr dan Jota", jadi selepas mendapatkan pemain Wolves tersebut secara rasmi pemburuan terhadap Sarr telah berakhir.  Sejak itu Watford telah menyenaraikan pemain berusia 22 tahun itu ke dalam skuad dengan menentang Luton Town pada Sabtu ini.  Sarr telah kembali menjalani latihan selepas pulih dari kecederaan yang menyebabkan beliau tersisih dari skuad di bawah kendalian pengurus baru Vl

Liverpool Dan Burnley Sedang Berbincang Untuk Perpindahan Keluar Harry Wilson

Liverpool terbuka untuk menerima tawaran dari mana mana kelab untuk pemain tersebut dengan Newcastle United, Leeds dan Southampton berminat.  Namun difahamkan The Clarets amat berminat dan kedua dua kelab telah berbincang untuk perpindahan pemain tersebut.  Echo difahamkan bayaran perpindahan belum lagi dipersetujui kedua dua kelab namun Liverpool mahukan sekurang kurangnya £20 juta untuk pemain yang telah bersama kelab sejak berusia 9 tahun itu.  Nilai itu dijangka akan memecahkan rekod pemain termahal yanh dibeli oleh Burnley, namun Sean Dhyce mahu menguatkan pasukannya sebelum pintu perpindahan ditutup pada 05 Oktober 2020. Kehadiran Diogo Jota dari Wolves membuatkan harapan untuk Harry Wilson sukar untuk menembusi skuad utama LFC ketika ini.  Ketika ini Wilson hanya melakukan satu penampilan senior bersama Liverpool ketika menentang Plymouth pada Januari 2017, namun mempunyai pengalaman bermain dalam EPL ketika bersama Bournemouth musim lepas. Beliau mengakhiri kempen liga bersama

Tiga Pemain Liverpool Tersisih Menjelang Perlawanan Menentang Lincoln City

Pep Lijnders menjelaskan mengenai kecederaan Jordan Henderson, Joel Matip dan Joe Gomez.  Kapten Liverpool Jordan Henderson bergelut untuk pulih menjelang perlawanan menentang Arsenal pada minggu hadapan selepas beliau dikeluarkan ketika menentang Chelsea minggu lepas.  Beliau akan tersisih bersama sama dua pemain pertahanan, Joe Gomez dan Joel Matip dalam perlawanan awal pagi Jumaat ini. Sebelum ini Hendo turut terlepas 4 perlawanan akhir EPL musim lepas serta perlawanan Perisai Komuniti pada Ogos.  Menurut Pep Lijnders dalam sidang media : "Kami berharap Hendo akan kembali minggu hadapan, namun perlawanan minggu ini tampak terlalu awal untuk beliau". "Hendo mengalami kecederaan di bahagian otot paha". The Reds yakin bahawa Gomez akan kembali dalam perlawanan menentang Arsenal, namun Matip dijangka tersisih sekurang kurangnya tiga minggu berikutan masalah hamstring. Tambah Lijnders : "Untuk Joe agak awal. Beliau akan kembali berlatih bersama pasukan pada Jumaa

Liverpool Akan Membayar Kos Ujian Covid 19 Lincoln City Untuk EFL Cup

Ujian itu bukan kewajipan untuk kelab kelab EFL buat masa sekarang. Meskipun kini UK dilanda Covid 19 gelombang kedua, namun kelab kelab di bawah Liga Perdana Inggeris tidak diwajibkan untuk melakukan ujian terhadap staf dan pemainnya. Minggu ini menyaksikan banyak kelab dari liga bawahan akan menentang kelab kelab EPL dan ini menimbulkan kerisauan terhadap peningkatan kes baru Covid 19. Pertembungan antara Leyton Orient dan Spurs juga amat diragui dengan sebilangan pemain kelab Leyton Orient dijangkiti virus dengan Spurs membayar kesemua kos ujian untuk pemain dan staf.  Sebelum ini pengurus Middlesbrough Neil Warnock telah disahkan positif Covid 19 ketika kekalahan pasukan itu ke atas Barnsley dan mereka mereka akan bertemu Chelsea pada hari ini.  Ujian Covid 19 untuk pasukan EFL hanya akan dilakukan jika pemain itu mempunyai tanda atau gejala jangkitan, manakala kelab Liga Championship hanya akan menjalani ujian saringan selepas perlawanan antarabangsa.  Dan demi keselamatan pemain,

Media : Hari Pertama Thiago Di Liverpool - "Menghormati Tradisi Klopp"

Sesi bergambar, temuramah dan rakaman video hari pertama beliau di Anfield. Beliau sendiri amat teruja ketika ditemuramah, bergelak ketawa dan menerima tepukan dari staf yang melakukan rakaman.  Dan apa yang paling menarik perhatian adalah petikan video yang menyatakan beliau kini berada di Anfield, "Home of Premier League Champion". Saksikan : ADMIN Beliau juga menghormati undang undang yang telah ditetapkan Jurgen Klopp, dengan tidak menyentuh papan tanda "This Is Anfield" jika tidak meraih mana mana trofi bersama Liverpool.  YNWA Thiago. Sumber : Liverpool FC Youtube

Cesc Fabregas : "Sadio Mane Adalah Pemain Terbaik EPL Buat Masa Sekarang,"

Pemain itu menjaringkan kedua dua ketika Liverpool menewaskan Chelsea semalam.  Dalam perlawanan itu, The Blues mengikat kedudukan dengan juara EPL musim lepas itu sebelum Andreas Christiansen dilayangkan kad merah dan kesilapan yang dilakukan dilakukan Kepa memberikan Liverpool kelebihan.  Ia merupakan gol buat Mane dalam musim ini dengan beliau mahu mengatasi rekod gol musim lepas beliau dengan 22 gol dalam semua kejohanan yang disertai.  Fabregas, yang telah menjulang dua kejuaraan EPL ketika bersama Chelsea, telah mengakui bahawa pemain sayap Liverpool itu adalah pemain terbaik EPL buat masa sekarang. Berikut adalah petikan daripada Twitter beliau. Sebelum itu Klopp juga memuji Sadio Mane di atas bantuan untuk memberikan Liverpool "hari yang sempurna". Gary Neville menerusi Sky Sports juga melontarkan pujian buat Mane, lebih lebih lagi selepas menjaringkan gol kedua Liverpool. "Kita melihat kepada Sadio Mane. Beliau mempunyai bakat istimewa dan daya usaha beliau juga

Jurgen Klopp Sahkan Joel Matip Bakal Tersisih Akibat Kecederaan.

Beliau dijangka tersisih selama sebulan berikutan kecederaan otot.  Dan beliau sebelum itu telah terlepas perlawanan menentang Chelsea. Dengan Joe Gomez turut terlepas perlawanan berikutan sedikit hentakan, Klopp terpaksa menurunkan Fabinho di bahagian pertahanan tengah untuk bergandingan dengan Virgil Van Dijk.  Dan Fabinho mempamerkan prestasi terbaik di bek tengah ketika Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas skuad dari Kota London itu.  Menurut Klopp : "Joe berkemungkinan akan okay. Tidak serius namun kami harus lihat semula. Beliau akan pulih menjelang esok". "Untuk Joel, ianya mungkin sedikit berbeza. Mungkin mengambil masa beberapa minggu, dan mungkin selepas cuti perlawanan antarabangsa seterusnya beliau akan bersedia". "Jadi kami harus melihat kembali. Ia tidak bagus dan tidak masuk akal". "Kami bernasib baik kerana mempunyai Fabinho dan beliau beraksi baik. Itu sangat bagus". Matip hanya melakukan penampilan selama 75 minit sela

Jurgen Klopp Jelaskan Mengapa Beliau Memasukkan Thiago Di Separuh Masa Kedua

Pemain itu melakukan penampilan pertama dari bangku simpanan bersama Liverpool ketika kelab itu mencatatkan kemenangan di Stamford Bridge. Dan Klopp mendedahkan bahawa beliau memasukkan Thiago Alcantara pada separuh masa kedua selepas layangan kad merah kepada Andreas Christiansen.  Kedua dua jaringan dilakukan oleh Sadio Mane dengan Thiago dimasukkan pada separuh masa kedua.  Selain itu juga, kecederaan yang dialami oleh Jordan Henderson turut mendorong kepada penampilan pertama Thiago dan Klopp gembira apa yang pemain itu berikan sepanjang perlawanan. Menurut Klopp : "Kami tahu perlawanan separuh masa kedua akan berlainan setelah mereka bermain dengan 10 orang, tetapi saya sukakan apa mereka lakukan di separuh masa pertama". "Saya juga suka dengan cara mereka menyelesaikan masalah. Cara mereka mengharungi perlawanan sukar". "Ketika itu saya bersedia untuk memberikan sedikit taklimat bagaimana pendekatan untuk menggerakkan pasukan dengan cepat, menghantar bola

Highlight Perlawanan : Chelsea 0 Liverpool 2 ( EPL )

Dua gol Sadio Mane membantu Liverpool mencatatkan kemenangan ke atas Chelsea di Stamford Bridge. Perlawanan sebelum itu agak seimbang antara kedua dua pasukan sebelum Andres Christiansen dilayangkan kad merah setelah mengasari Mane.  Liverpool kemudian mendapatkan dua gol hasil tandukan Mane dan juga kesilapan Kepa di hadapan gol di separuh masa kedua.  Saksikan :  Meskipun Chelsea diberikan sepakan penalti bagi menjadikan perlawanan kembali sengit, namun Jorginho gagal menyempurnakannya.  ADMIN Klopp terus masukkan Thiago selepas Chelsea terpaksa beraksi dengan 10 pemain. Pays off. YNWA. Sumber : Stadium Astro

Dua Gol Sadio Mane Menewaskan Chelsea

  Sadio Mane berjaya menjadi duri dalam daging buat Chelsea setelah menjaringkan dua gol dan membuatkan Christensen dibuang padang setelah Christensen yang ketinggalan dan menarik Mane sehingga jatuh.  Separuh masa pertama kedua-dua pasukan agak seimbang dan masing-masing membuat beberapa serangan berbahaya terutamanya daripada Timo Werner dan trio serangan Liverpool.  Separuh masa kedua, Liverpool mempunyai peluang besar setelah Kai Havertz digantikan dengan Tomori dan Chelsea agak bermasalah bermain dengan 10 orang.  Liverpool mendominasi separuh masa kedua dan hasilnya tandukan dan Mane merembat masuk yang berhasil dengan menekan Kepa supaya Kepa melakukan kesilapan dan beliau menjaringkan gol kedua dengan mudah.  Chelsea beroleh penalti di 15 minit terakhit setelah Thiago tidak sengaja melanggar Werner namun Jorginho yang bertanggungjawab mengambil penalti gagal setelah Allison menyelamatkan sepakan tersebut dan pertahanan Liverpool segera mengeluarkan bola tersebut.  Keputusan kek

Taiwo Awoniyi Dipinjamkan Buat Kali Ketujuh - Kali Ini Union Berlin.

Dengan tiada permit kerja UK lagi untuk beliau, maka beliau dipinjamkan keluar lagi dari Anfield. Setakat ini beliau telah beraksi sebanyak 117 kali setelah dipinjamkan di kelab lain seperti FSV Frankfurt, NEC Nijmeden, Mouscron, KAA Gent dan Mainz. Penampilan terbaik beliau adalah ketika bersama Mouscron pada 2017 - 2018 dan separuh musim 2018 2019, tetapi pencetusan kariernya adalah ketika bersama Mainz.  Ianya menarik minat Union Berlin untuk membawa masuk pemain ini secara pinjaman bagi menghadapi musim 2020 - 2021. Difahamkan Awoniyi akan mengambil kedudukan sebagai pemain pilihan untuk diturunkan dalam kesebelasan utama Union Berlin namun menghadapi saingan dari beberapa pemain seperti Anthony Ujah dan Cedric Tauchet. Awoniyi merupakan pemain kesepuluh yang dibawa masuk oleh Union Berlin, dengan bekas pemain sasaran Liverpool Max Kruse menyertai kelab yang sebelum ini mengakhiri musim di kedudukan ke 11 Bundesliga.  Liverpool kini sedang giat untuk meminjamkan pemain di luar Anfi

Nuno Espirito Santo : "Diogo Jota Berada Di Kelab Yang Tepat, Di Liverpool"

Pemain antarabangsa Portugal ini menyertai skuad Jurgen Klopp dengan nilai £45 juta. Dan pengurus Wolves itu menyatakan Diogo Jota berada di "tempat yang tepat" buat masa sekarang. Diogo Jota sebelum itu menandatangani kontrak jangka panjang selama 5 tahun bersama Liverpool. Sebelum ini Nuno hanya membisukan dirinya dengan tidak menyenaraikan Jota dalam skuad menentang Stoke City dalam kempen Carabao Cup pertengahan minggu lepas.  Namun kini beliau membuka mulut di atas untik mengesahkan bahawa pemain itu telah meninggalkan Wolves untuk menyertai Liverpool. Menurut Nuno : "Saya mahu meminta maaf kepada anda sejak Khamis lepas, sesetengah perkara kami simpan secara peribadi". "Diogo adalah pemain yang hebat. Apa yang beliau lakukan di sini selama 3 tahun adalah sesuatu yang menakjubkan". "Sesetengah perkara terjadi bila ada sesuatu yang bakal terjadi. Beliau kini berada di tempat yang tepat". Jota menjaringkan 44 gol bersama dari 133 penampilan be

Liverpool Melengkapkan Perpindahan Diogo Jota.

  Pemain yang berasal dari Portugal ini melengkapkan perpindahan bernilai £43 juta daripada Wolverhampton pada masa yang sama pemain muda Liverpool, Ki Jana Hoever berpindah ke Wolverhampton.  Jota yang menjadi pilihan setelah Liverpool mematikan hasrat untuk mendapatkan Ismaila Sarr. Ismaila Sarr adalah pilihan utama namun kemungkinan perbincangan antara kedua-dua kelab menyukarkan Liverpool untuk mendapatkan beliau.  Perbincangan antara Wolverhampton dan Liverpool menemui titik positif apabila Wolverhampton sanggup menerima wang pendahuluan dan akan dibayar penuh pada musim hadapan.  Pendapat lainnya adalah versatiliti yang dimiliki Jota yang mampu beraksi di antara bahagian serangan dan midfield.  Ianya satu perpindahan yang bagus untuk pemain seperti Jota yang telah menjaringkan 44 gol dan 19 bantuan gol dalam 131 perlawanan bersama Wolverhampton. Selamat datang ke Liverpool wahai anak muda!

Ki Jana Hoever Melengkapkan Perpindahan Ke Wolves

Beliau menyertai skuad remaja Liverpool dari Ajax pada September 2018. Pemain remaja antarabangsa Belanda ini melakukan penampilan pertama bersama Liverpool 11 hari sebelum hari jadinya ke 17. Beliau melakukan penampilan itu ketika perlawanan Piala FA antara Liverpool dan pasukan barunya ini ketika Januari 2019. Kemudiannya beliau melakukan penampilan 4 kali bersama skuad senior Liverpool dan menjaringkan 1 gol ketika menentang Milton Keynes Dons dalam Piala Liga, selain daripada mendapat medal UEFA Super Cup dan Piala Kelab Dunia.  Kini berusia 18 tahun, beliau akan memulakan karier baru bersama Wolves setelah yuran perpindahan dipersetujui oleh kedua dua kelab.  ADMIN Good luck Ki Jana Hoever. YNWA.  Sumber : Liverpool FC

Perpindahan Masuk Thiago dan Diogo Jota Bakal Mentransformasi Pasukan Liverpool

Dalam masa 7 hari sejak bermulanya EPL musim 2020 - 2021, landskap pasukan Liverpool berubah sekelip mata.  Minggu lepaa menyaksikan The Reds bergelut untuk mencatatkan kemenangan ke atas pasukan yang baru dinaikkan ke Liga Perdana, Leeds United.  Dengan isu pemain pertahanan, pemain yang sama seperti dua musim sebelumnya meletakkan Liverpool dalam situasi yang sukar untuk mempertahankan kejuaraan liga kali ini. Perpindahan masuk dilihat semakin jauh, dan Liverpool dilihat memerlukan keajaiban untuk pemain utama bebas dari kecederaan bagi mencapai semula tahap yang mereka lakukan pada Julai lepas.  Semuanya tampak negatif, dan akhirnya situasi berubah 100%. Hari Isnin menjelma dan akhirnya Liverpool melakukan gerakan untuk mendapatkan Thiago Alcantara dan menghubungi Bayern pada ketika itu.  Selepas berbulan spekulasi mengenai perpindahan pemain tersebut, akhirnya Liverpool bercakap dengan Bayern Munich dan persetujuan dicapai untuk pemain tersebut. Bayern sebelum ini telah menyatakan

Thiago Alcantara Boleh Diturunkan Dalam Perlawanan Menentang Chelsea - Namun Semuanya Atas Keputusan Klopp

 Perkara itu disahkan sendiri oleh Jurgen Klopp. Thiago menyertai Liverpool dari Bayern Munich dengan nilai £20 juta + £5 juta untuk klausa tambahan dengan kontrak selama 4 tahun. Beliau akan menggunakan jersi nombor 6, yang sebelum ini digunakan Dejan Lovren sebelum berpindah ke Zenit St Petersburg.  Difahamkan kertas kerja mengenai Thiago Alcantara telah berjaya dihantar sebelum tengah1ari bagi membolehkan pemain itu didaftarkan ke dalam skuad Liverpool menjelang kunjungan ke Chelsea.  Dan Klopp menjelaskan bagaimana pemain berkemungkinan besar boleh diturunkan dalam perlawanan menentang Chelsea hujung minggu ini.  "Jika peminat Liverpool menonton LFCTV hari ini, anda akan dapat lihat beliau menjalani latihan bersama skuad". "Oh anda maksudkan bermain menentang Chelsea? Kita akan lihat. Kami belum lagi menyenaraikan pemain untuk Ahad ini". "Sebenarnya saya belum lagi berjumpa dengan beliau. Kami hanya berbicara menerusi perbualan telefon dan mesej pesanan. Ja

Sah! Liverpool Mendapatkan Diogo Jota Dari Wolves Dengan Nilai £45 Juta

Pemain antarabangsa Portugal itu mengikuti jejak langkah Thiago Alcantara ke Anfield. Diogo Jota yang berusia 23 tahun bakal menyertai Liverpool dengan nilai premium £41 juta dengan kontrak selama 5 tahun. Klopp telah memantau perkembangan Diogo Jota dan menjadikan pemain itu sasaran selepas berjaya mendapatkan Thiago Alcantara sebelum itu.  Liverpool segera melakukan perpindahan tersebut yang menyaksikan beliau menjadi pemain keempat termahal dalam sejarah Liverpool di belakang Virgil Van Dijk, Naby Keita dan Alisson Becker.  Difahamkan Liverpool telah memantau perkembangan pemain ini sejak 2 tahun lepas, di mana dia merupakan pemain yang ideal untuk bersaing dengan Sadio Mane, Mo Salah dan Roberto Firmino di bahagian serangan.  Jota menjaringkan 16 gol buat Wolves dalam masa 2 musim, namun teknikal yang dimiliki pemain itu seperti pressing dan pergerakan tanpa bola dikatakan menarik Klopp untuk mendapatkan beliau.  Selain itu, antara staf Liverpool yang berminat dengan Diogo Jota ada