Pemain itu melakukan penampilan pertama dalam EPL bersama Liverpool dan menjaringkan gol pertama untuk kelab barunya itu.
Dan sebenarnya beliau mengharapkan bahawa Anfield akan penuh hari ini bagi menyaksikan gol pertamanya di Liverpool untuk membantu kelab mencatatkan kemenangan 3 - 1 ke atas Arsenal.
Jota dimasukkan selaku pemain gantian kepada Mane pada minit ke 80, dan 8 minit kemudian beliau melakukan kawalan bola yang cantik sebelum melepaskan rembatan melepasi Leno.
Menurut Jota menerusi Sky Sports :
"Wow, ianya perasaan yang amat mengagumkan".
"Cuma saya dapat berharap peminat berada di sini dan ianya akan menjadi sesuatu yang istimewa buat saya. Namun apapun keputusan perlawanan amat penting dan saya dapat membantu pasukan mencatatkan kemenangan".
"Gol pertama adalah yang paling sukar. Saya harus bekerja keras untuk mendapatkannya, kini saya berjaya memperolehinya dan mahukan lebih lagi".
Jota memperolehi peluang keemasan sebelum itu untuk menjaringkan gol menerusi hantaran leret Mo Salah namun rembatan beliau terkena jaring sisi.
"Itulah bolasepak, tidak semestinya akan gol dan tidak semestinya akan selalu tersasar. Kami harus berusaha lagi dan percaya hari itu akan tiba buat kami".
Dan beliau juga mendedahkan apa yang Klopp arahkan kepada beliau sebelum dimasukkan.
"Terus menekan lawan seperti yang anda lakukan sebelum ini, bermain dengan gembira bersama bola dan lakukan apa sahaja yang selalu anda lakukan".
"Itu yang saya cuba lakukan, bermain dengan sebaik mungkin dan menekan lawan untuk mendapatkan bola".
ADMIN
Gol pertama di Anfield, welcome to Anfield Diogo Jota. YNWA.
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment