Skip to main content

Jurgen Klopp : Kami Akan Cuba Untuk "Strike Back" Ketika Menentang Arsenal

Liverpool telah tewas dalam dua pertemuan dengan pasukan kendalian Mikel Arteta sebelum ini. 


Dan Jurgen Klopp menjelaskan skuadnya mahu bangkit ketika menentang Arsenal dalam perlawanan awal pagi Selasa ini. 

Arsenal telah mencatatkan kemenangan ke atas Liverpool pada Julai lepas setelah gol daripada Alexandre Lacazette dan Reiss Nelson memadamkan gol awal oleh Sadio Mane.

Namun ketika itu Liverpool telah sah dinobatkan juara EPL dengan ketika itu prestasi Liverpool telah menurun.

Antara faktor kekalahan Liverpool ketika itu adalah disebabkan kelemahan di pertahanan, kelemahan penjaga gol dan juga sukar menguasai bola dengan perkara itu amat jarang berlaku ketika awal dan pertengahan musim.

Manakala kekalahan kedua Liverpool ke atas Arsenal adalah ketika Perisai Komuniti yang berakhir dengan penentuan sepakan penalti yang menyaksikan perlawanan sebenar sebelum itu berakhir dengan keputusan seri 1 - 1.

Menurut Klopp : 

"Keputusan perlawanan memberikan keyakinan".

"Namun analisis telah disediakan dan anda mampu menilai perlawanan kami dengan cara yang betul".

"Ianya bukan mengenai Arsenal yang telah menewaskan kami berturut turut atau kami tiada peluang, namun ia berkaitan dengan perlawanan yang berbeza".

Liverpool telah memulakan musim liga yang baru dengan dua kemenangan berterusan - begitu juga Arsenal namun Klopp berjanji untuk menebus kembali kekalahan dua perlawanan berturut turut. 

Tambah Klopp :

"Kami mahu menebus semula kekalahan".

"Saya ingin jelaskan bahawa kami akan cuba lakukan yang terbaik dalam situasi perlawanan pada awal pagi Selasa nanti".

ADMIN

Kita tunggu dan lihat bagaimana kesudahan perlawanan Liverpool vs Arsenal nanti. Yakin. YNWA. 

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football