Dalam masa 7 hari sejak bermulanya EPL musim 2020 - 2021, landskap pasukan Liverpool berubah sekelip mata.
Minggu lepaa menyaksikan The Reds bergelut untuk mencatatkan kemenangan ke atas pasukan yang baru dinaikkan ke Liga Perdana, Leeds United.
Dengan isu pemain pertahanan, pemain yang sama seperti dua musim sebelumnya meletakkan Liverpool dalam situasi yang sukar untuk mempertahankan kejuaraan liga kali ini.
Perpindahan masuk dilihat semakin jauh, dan Liverpool dilihat memerlukan keajaiban untuk pemain utama bebas dari kecederaan bagi mencapai semula tahap yang mereka lakukan pada Julai lepas.
Semuanya tampak negatif, dan akhirnya situasi berubah 100%.
Hari Isnin menjelma dan akhirnya Liverpool melakukan gerakan untuk mendapatkan Thiago Alcantara dan menghubungi Bayern pada ketika itu.
Selepas berbulan spekulasi mengenai perpindahan pemain tersebut, akhirnya Liverpool bercakap dengan Bayern Munich dan persetujuan dicapai untuk pemain tersebut.
Bayern sebelum ini telah menyatakan mereka mahu isu ini diselesaikan sebelum mereka turun mempertahankan kejuaraan Bundesliga pada minggu ini.
Persetujuan kedua dua kelab dicapai dengan nilai £20 juta serta klausa tambahan bernilai £5 juta disertakan dengan Liverpool bersedia mendapatkan midfield maestro antara yang terbaik di rantau Eropah.
Pada pagi Jumaat, Thiago berada di Merseyside untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan tugasan media di Liverpool.
Dan tepat jam 4 petang, Liverpool merealisasikan perpindahan berprofil tinggi mereka untuk Thiago Alcantara.
Perpindahan bernilai £20 juta ini adalah sama nilainya ketika Liverpool membawa masuk Stuart Downing, namun reputasi Thiago merupakan penanda aras baru dalam skuad Liverpool.
Beliau menjulang kejuaraan UCL sebanyak dua kali, dan beliau hanya bermain bersama dua kelab elit Eropah seperti Barcelona dan Bayern. Dan naluri teknikal beliau membawa dimensi baru dalam barisan pemain tengah Liverpool sedia ada.
Menurut Klopp : "Ianya mudah. Beliau adalah pemain yang memiliki bakat semulajadi".
Tambahan pula, sesuatu yang menggembirakan penyokong adalah permulaan karier Thiago di Anfield tidak bermakna Gini Wijnaldum akan meninggalkan Liverpool.
Sebelum ini ramai menjangkakan ketibaan Thiago akan menyaksikan Gini Wijnaldum akan ke berhijrah ke Barcelona dengan Ronald Koeman berhasrat untuk mendapatkan pemain tersebut.
Namun ianya meleset apabila peminat bakal menyaksikan kedua dua pemain ini digandingkan bersama sama dalam padang jika diturunkan.
Di saat peminat meraikan kejayaan kelab dan mengalu alukan kedatangan Thiago, pada masa yang sama kelab mengesahkan bahawa mereka akan membawa masuk Diogo Jota dari Wolves.
Dengan sekelip mata kontrak 5 tahun termeterai, yuran perpindahan bernilai £41 juta bakal dipersetujui sekaligus meletakkan pemain itu merupakan pemain keempat termahal yang dibeli Liverpool di belakang Virgil Van Dijk, Alisson dan Naby Keita.
Perpindahan Diogo Jota itu adalah tepat dengan saat dan ketikanya, dengan kritikan selalu dilemparkan kepada kelab berikutan kebergantungan dan kurangnya backup berkualiti kepada Firmino, Mane dan Salah.
Selain itu, mereka mendakwa kualiti yang dimiliki trio serangan itu akan menurun sekiranya salah seorang dari pemain itu tidak dapat beraksi.
Kemasukan Diogo Jota bakal mengurangkan kerisauan terhadap barisan serangan dari awal hingga akhir musim.
Liverpool akan bertandang ke Chelsea dengan semangat pasukan yang baru dan selangkah di hadapan. Usaha untuk membawa kejuaraan liga ke 20 tampak menyinar buat masa sekarang.
Sekiranya Liverpool berjaya membawa pulang tiga mata dari Stamford Bridge pada Ahad ini, mereka percaya kemasukan Thiago dan Jota memberi impak untuk Liverpool untuk mempertahankan kejuaraan yang mereka miliki.
Akan ada banyak halangan menanti dari sekarang hingga 23 Mei hadapan, namun Liverpool akan lebih berpeluang mencatatkan keputusan lebih baik berbanding Ahad lepas.
Minggu yang panjang untuk Liverpool.
ADMIN
Liverpool kini hanya menunggu impak yang dibawa oleh Thiago Alcantara dan Diogo Jota. YNWA.
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment