Kedua dua pemain ini difahamkan terlepas sesi latihan sejak 48 jam lepas.
Difahamkan juga kedua dua pemain akan menjalani ujian kecergasan lewat menjelang perlawanan penting awal pagi Selasa ini.
Menurut Paul Joyce dari The Times dan Melissa Reddy dari Independent, kedua dua pemain ini mengalami kecederaan yang tidak diketahui dan telah terlepas sesi latihan sejak beberapa hari lepas.
Jurgen Klopp kini menunggu hasil pemeriksaan lanjutan dan perkembangan terkini dengan penampilan mereka pada awal pagi Selasa tidak terjamin.
Mereka akan terus dinilai oleh pada hari Isnin untuk memastikan mereka cergas sepenuhnya sebelum diturunkan menentang Arsenal.
Kedua dua pemain ini dijangka akan diturunkan dalam perlawanan tersebut, dan jika berlaku kecederaan maka Adrian akan kembali menjadi penjaga gol ketika itu dan Fabinho akan kembali ke bahagian holding midfielder bersama sama Gini Wijnaldum dan Naby Keita.
Liverpool ketika ini telah kehilangan khidmat Jordan Henderson, Joel Matip dan Alex Oxlade Chamberlain namun difahamkan Joe Gomez telah kembali pulih.
ADMIN
Harap diorang dua okay menjelang esok. YNWA.
Comments
Post a Comment