Pemain antarabangsa Portugal itu mengikuti jejak langkah Thiago Alcantara ke Anfield.
Diogo Jota yang berusia 23 tahun bakal menyertai Liverpool dengan nilai premium £41 juta dengan kontrak selama 5 tahun.
Klopp telah memantau perkembangan Diogo Jota dan menjadikan pemain itu sasaran selepas berjaya mendapatkan Thiago Alcantara sebelum itu.
Liverpool segera melakukan perpindahan tersebut yang menyaksikan beliau menjadi pemain keempat termahal dalam sejarah Liverpool di belakang Virgil Van Dijk, Naby Keita dan Alisson Becker.
Difahamkan Liverpool telah memantau perkembangan pemain ini sejak 2 tahun lepas, di mana dia merupakan pemain yang ideal untuk bersaing dengan Sadio Mane, Mo Salah dan Roberto Firmino di bahagian serangan.
Jota menjaringkan 16 gol buat Wolves dalam masa 2 musim, namun teknikal yang dimiliki pemain itu seperti pressing dan pergerakan tanpa bola dikatakan menarik Klopp untuk mendapatkan beliau.
Selain itu, antara staf Liverpool yang berminat dengan Diogo Jota adalah Pep Ljinders yang sebelum ini telah bertanggungjawab menyenaraikan pemain serangan yang disenaraipendek termasuk Ismaila Sarr.
Namun Ljinders telah mendapat gambaran dengan pihak scout dari Portugal, selain daripada hubungan baik Liverpool dengan ejen Jota, Gesfute yang merupakan ejen buat Fabinho.
Liverpool sebelum ini telah menghubungi Watford untuk Sarr, namun beralih arah setelah Wolves berhasrat untuk menjual pemain itu.
Liverpool mendapati Watford tidak mahu berunding untuk Sarr dan mahukan nilai jualan melebihi £40 juta, namun di Wolves amat mudah untuk berbicara.
Echo difahamkan kelab itu akan menerima 10% daripada nilai pemain selepas 12 bulan.
Liverpool kini telah membawa masuk Kostas Tsimikas, Thiago Alcantara dan Diogo Jota dengan nilai perpindahan kini dianggarkan £45 juta.
ADMIN
Welcome to Anfield, Diogo Jota. YNWA.
Sumber : Liverpool Echo
Pantas buat kerja, harap ada lg kejutan utk cb plk
ReplyDelete