Skip to main content

Liverpool Akan Membayar Kos Ujian Covid 19 Lincoln City Untuk EFL Cup

Ujian itu bukan kewajipan untuk kelab kelab EFL buat masa sekarang.


Meskipun kini UK dilanda Covid 19 gelombang kedua, namun kelab kelab di bawah Liga Perdana Inggeris tidak diwajibkan untuk melakukan ujian terhadap staf dan pemainnya.

Minggu ini menyaksikan banyak kelab dari liga bawahan akan menentang kelab kelab EPL dan ini menimbulkan kerisauan terhadap peningkatan kes baru Covid 19.

Pertembungan antara Leyton Orient dan Spurs juga amat diragui dengan sebilangan pemain kelab Leyton Orient dijangkiti virus dengan Spurs membayar kesemua kos ujian untuk pemain dan staf. 

Sebelum ini pengurus Middlesbrough Neil Warnock telah disahkan positif Covid 19 ketika kekalahan pasukan itu ke atas Barnsley dan mereka mereka akan bertemu Chelsea pada hari ini. 

Ujian Covid 19 untuk pasukan EFL hanya akan dilakukan jika pemain itu mempunyai tanda atau gejala jangkitan, manakala kelab Liga Championship hanya akan menjalani ujian saringan selepas perlawanan antarabangsa. 

Dan demi keselamatan pemain, Liverpool telah mengambil keputusan untuk membayar semua kos ujian Covid 19 terhadap pasukan lawan Lincoln City. 

Difahamkan setiap kos ujian dilakukan adalah bernilai £150 untuk seorang, dengan kelab kelab EPL membelanjakan hampir £5,000 hingga £15,000 khas untuk ujian itu sahaja. 

Ianya dilakukan khas untuk melindungi pemain dan staf dari Covid 19, dengan kini kelab bergerak ke arah situasi tidak menentu dalam negara.

Sebelum ini UK telah menangguhkan hasrat membenarkan sebahagian peminat untuk kembali ke stadium pada 01 Oktober ini berikutan peningkatan kes Covid 19 sejak akhir akhir ini. 

Ini bermakna pelan Liverpool untuk membawa kembali 12,500 peminat ke stadiun kembali pada 24 Oktober menentang Sheffield United bakal tertangguh. 

ADMIN

Okaylah tu untuk keselamatan pemain dan staf Liverpool juga. YNWA.

Sumber : This Is Anfield

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan