Skip to main content

Jurgen Klopp Menjelaskan Posisi Yang Sesuai Untuk Takumi Minamino Bersama Sama Diogo Jota

Pengurus Liverpool itu gembira dengan persembahan anak buahnya setelah menewaskan Lincoln City dengan 7 - 2.


Dan Klopp menyatakan di manakan Takumi Minamino akan bermain selepas ketibaan Diogo Jota. 

Minamino menjaringkan 2 gol untuk membantu Liverpool manakala Diogo Jota dimasukkan selepas sejam permainan berlangsung untuk menggantikan Harvey Elliot. 

Kedua dua pemain ini berada di posisi serangan dan timbul persoalan di mana mereka akan diletakkan dalam skuad Liverpool FC. 

Dan Klopp menjelaskan bahawa Minamino akan banyak bermain di posisi tengah serangan manakala Jota akan beroperasi di bahagian sayap serangan. 

"Saya suka cara permainan Taki. Beliau amat menyerlah".

"Beliau terlibat dalam pelbagai situasi, lebih banyak dia terlibat kami lebih memahami kualiti yang beliau miliki".

"Beliau akan lebih banyak bermain di kawasan tengah serangan - walaupun beliau akan bermain di bahagian sayap, beliau akan masuk ke kawasan half space dan ke tengah. Di situ kekuatan sebenar beliau".

"Kami menghadapi lebih tujuh kali sepak mula perlawanan dan beliau orang pertama yang menekan lawan dan menerima bola".

"Beliau menyusun gerak situasi counter pressing. Saya amat sukakan perlawanan hari ini".

ADMIN

Jangan risau, Klopp dan staf lebih arif mengenai ini. YNWA. 

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football