Sadio Mane berjaya menjadi duri dalam daging buat Chelsea setelah menjaringkan dua gol dan membuatkan Christensen dibuang padang setelah Christensen yang ketinggalan dan menarik Mane sehingga jatuh.
Separuh masa pertama kedua-dua pasukan agak seimbang dan masing-masing membuat beberapa serangan berbahaya terutamanya daripada Timo Werner dan trio serangan Liverpool.
Separuh masa kedua, Liverpool mempunyai peluang besar setelah Kai Havertz digantikan dengan Tomori dan Chelsea agak bermasalah bermain dengan 10 orang.
Liverpool mendominasi separuh masa kedua dan hasilnya tandukan dan Mane merembat masuk yang berhasil dengan menekan Kepa supaya Kepa melakukan kesilapan dan beliau menjaringkan gol kedua dengan mudah.
Chelsea beroleh penalti di 15 minit terakhit setelah Thiago tidak sengaja melanggar Werner namun Jorginho yang bertanggungjawab mengambil penalti gagal setelah Allison menyelamatkan sepakan tersebut dan pertahanan Liverpool segera mengeluarkan bola tersebut.
Keputusan kekal 2-0 sehingga wisel penamat. Liverpool beroleh kemenangan kedua dalam dua perlawanan setakat ini.
Admin :
Tahniah Liverpool berjaya memenangi perlawanan kedua. MOTM adalah Sadio Mane yang memberi ancaman berbahaya kepada pertahanan Chelsea.
Comments
Post a Comment