Pemain Watford itu merupakan antara pemain sasaran buat Liverpool sepanjang musim panas ini.
Namun kelab liga Championship itu mahukan pulangan lebih lumayan untuk pemain termahalnya itu.
Bekas pemain Rennes itu adalah antara pemain yang mencuri perhatian selepas berjaya membantu Watford menewaskan Liverpool dalam liga dan menarik beberapa kelab setelah kelabnya disingkirkan dari liga.
Namun menurut James Pearce dari The Athletics, pemain antarabangsa Senegal itu tidak akan menyertai Liverpool pada pintu perpindahan kali ini.
Pearce telah mengesahkan bahawa pilihan Liverpool adalah "antara Sarr dan Jota", jadi selepas mendapatkan pemain Wolves tersebut secara rasmi pemburuan terhadap Sarr telah berakhir.
Sejak itu Watford telah menyenaraikan pemain berusia 22 tahun itu ke dalam skuad dengan menentang Luton Town pada Sabtu ini.
Sarr telah kembali menjalani latihan selepas pulih dari kecederaan yang menyebabkan beliau tersisih dari skuad di bawah kendalian pengurus baru Vladimir Ivic.
ADMIN
So lupakan Ismaila Sarr. Kita dah dapat seorang.
Sumber : Daily Mirror
Comments
Post a Comment