Skip to main content

The Reds Benam Arsenal 3 - 1 Untuk Mengekalkan Kemenangan 100% Dalam EPL

Hari paling menggembirakan buat Diogo Jota yang menjaringkan gol debut buat Liverpool di Anfield.


Liverpool menyenaraikan pemain tanpa kehadiran Thiago yang dijangka tersisih hingga cuti perlawanan antarabangsa namun Alisson sempat pulih. 


Manakala Arsenal menyenaraikan barisan pemain utama dengan Aubameyang, Lacazette dan Willian mengetuai barisan serangan.

Liverpool menghadirkan ancaman awal pada minit ke 11 apabila tandukan VVD hasil hantaran lintang Trent menuju ke gol namun dikeluarkan oleh David Luiz di hadapan gol. 

Mane hampir membuka gol apabila menguis pantas hantaran lintang leret Trent di hadapan gol namun ditepis Leno pada minit ke 14.

Giliran Trent pula melakukan percubaan deras di hadapan petak penalti Arsenal hasil sepakan sudut tetapi malangnya terkena kaki pertahanan Arsenal dan melantun di palang. 

Tiga minit berselang, Wijnaldum pula gagal melakukan rembatan kencang di hadapan gol dengan bola terus ke dakapan Leno. 

Tetapi Arsenal merupakan pasukan yang mendahului Liverpool apabila satu serangan pantas yang disusuli hantaran lintang Auba yang gagal dikeluarkan dengan kemas Robbo, tepat ke Lacazette di hadapan gol untuk menguis masuk.

Liverpool tidak perlu untuk menunggu lama untuk membuka gol apabila selang 2 minit, Salah berjaya melepasi Tierney di petak penalti dan melepaskan rembatan yang terkena Leno sebelum Mane menyudahkannya di hadapan gawang. 

Robbo menebus kembali kesilapan beliau sebelum itu, apabila menyambar hantaran lintang Trent untuk beliau menguis masuk gol kedua Liverpool. 

Keputusan 2 - 1 itu kekal hingga wisel separuh masa ditiupkan. 

Babak kedua bersambung dengan Liverpool.memperolehi beberapa peluang awal terutama dari Mane namun menyaksikan rembatan beliau tinggi pada minit ke 47.

Arsenal sebenarnya berpeluang untuk menyamakan kedudukan hampir 2 kali dengan Lacazette melepasi perangkap ofsaid Liverpool untuk berada dalam situasi 1 v 1 dengan Alisson tetapi penjaga gol antarabangsa Brazil itu bertindak cemerlang menepis kedua dua percubaan itu.

Tidak kurang juga terhadap Leno yang bekerja keras untuk menepis beberapa percubaan Liverpool khususnya percubaan jarak jauh Van Dijk pada minit ke 61.

Fasa transition Liverpool dari Alisson kepada Firmino juga hampir membuahkan gol namun percubaan pemain itu terkena Tierney pada minit ke 75.

Klopl akhirnya melakukan perubahan taktikal apabila memasukkan pemain serangan baru, Diogo Jota untuk menggantikan Sadio Mane manakala James Milner untuk Naby Keita pada minit ke 78.

Kemasukan Jota memberikan impak kepada serangan Liverpool dengan beberapa percubaan awal dari garisan penalti hampir memberikan gol, terutama pada minit ke 83 di mana beliau tidak dikawal di hadapan gol tetapi malangnya terkena sisi jaring. 

Dan akhirnya Jota memberikan Liverpool gol ketiga sekaligus mengesahkan kemenangan pada minit ke 87, apabila satu hantaran lintang Trent gagal dikeluarkan David Luiz dan Jota melakukan half volley yang terkena tiang dan menerjah jaring. 

ADMIN

Tidak dapat disangkal lagi, Liverpool mencatatkan kemenangan ketiga dalam tiga perlawanan liga. YNWA. 

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football