Pemain antarabangsa Portugal ini menyertai skuad Jurgen Klopp dengan nilai £45 juta.
Dan pengurus Wolves itu menyatakan Diogo Jota berada di "tempat yang tepat" buat masa sekarang.
Diogo Jota sebelum itu menandatangani kontrak jangka panjang selama 5 tahun bersama Liverpool.
Sebelum ini Nuno hanya membisukan dirinya dengan tidak menyenaraikan Jota dalam skuad menentang Stoke City dalam kempen Carabao Cup pertengahan minggu lepas.
Namun kini beliau membuka mulut di atas untik mengesahkan bahawa pemain itu telah meninggalkan Wolves untuk menyertai Liverpool.
Menurut Nuno :
"Saya mahu meminta maaf kepada anda sejak Khamis lepas, sesetengah perkara kami simpan secara peribadi".
"Diogo adalah pemain yang hebat. Apa yang beliau lakukan di sini selama 3 tahun adalah sesuatu yang menakjubkan".
"Sesetengah perkara terjadi bila ada sesuatu yang bakal terjadi. Beliau kini berada di tempat yang tepat".
Jota menjaringkan 44 gol bersama dari 133 penampilan bersama Wolves sejak menyertai kelab itu secara pinjaman pada 2017.
Kemudian beliau berhijrah secara tetap pada musim panas seterusnya dengan nilai £12 juta.
ADMIN
Nuno Espirito Santo pun faham akan kehendaknya untuk berhijrah ke satu step lebih tinggi lagi.
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment