Beliau dijangka tersisih selama sebulan berikutan kecederaan otot.
Dan beliau sebelum itu telah terlepas perlawanan menentang Chelsea.
Dengan Joe Gomez turut terlepas perlawanan berikutan sedikit hentakan, Klopp terpaksa menurunkan Fabinho di bahagian pertahanan tengah untuk bergandingan dengan Virgil Van Dijk.
Dan Fabinho mempamerkan prestasi terbaik di bek tengah ketika Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas skuad dari Kota London itu.
Menurut Klopp :
"Joe berkemungkinan akan okay. Tidak serius namun kami harus lihat semula. Beliau akan pulih menjelang esok".
"Untuk Joel, ianya mungkin sedikit berbeza. Mungkin mengambil masa beberapa minggu, dan mungkin selepas cuti perlawanan antarabangsa seterusnya beliau akan bersedia".
"Jadi kami harus melihat kembali. Ia tidak bagus dan tidak masuk akal".
"Kami bernasib baik kerana mempunyai Fabinho dan beliau beraksi baik. Itu sangat bagus".
Matip hanya melakukan penampilan selama 75 minit selama 11 bulan lepas berikutan kecederaan yang berlaku kepadanya.
Pemain Cameroon itu bakal terlepas aksi menentang Lincoln City, perlawanan menentang Arsenal, kemungkinan perlawanan Pusingan Keempat Carabao Cup dan juga menentang Aston Villa.
Liverpool juga akan melakukan pemeriksaan lanjutan terhadap Jordan Henderson yang dikeluarkan pada rehat separuh masa pertama selepas mengalami sesuatu pada otot paha.
ADMIN
A new CB sebelum perpindahan ditutup?
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment