Skip to main content

Sepp Van Den Berg Menarik Minat Kelab Untuk Dipinjamkan

Pencari bakat dari kelab Liga Championship, Eredevisie dan Bundesliga 2 sedang memantau RSSapat perkembangan beliau.


Difahamkan pencari bakat di kelab Liga Championship di England dilaporkan berada di Prenton Park pada malam Selasa bagi memerhati perkembangan beliau setelah dilaporkan beliau akan beraksi bersama skuad Bawah 21 Liverpool menentang Tranmere Rovers untuk kejohanan EFL Trophy. 

Beliau adalah pemimpin di bahagian pertahanan pasukan tersebut meskipun Liverpool Bawah 21 tewas 3 - 2.

Pemain muda itu melakukan beberapa takel terbaik bagi membantu pasukan dengan tampak menyerlah di atas padang. 

Van Der Berg juga menarik minat pencari bakat dari Eridivisie dan juga Bundesliga 2.

Kebanyakan pencari bakat amat berpuas hati dengan persembahan beliau, dengan pemain prospek ini merupakan antara pemain paling berpengalaman dalam skuad tersebut. 

Echo difahamkan bahawa Liverpool sedang mempertimbangkan untuk meminjamkan beliau samada di kelab domestik atau Eropah dengan dijangka keputusan akan dilakukan selepas ini. 

ADMIN

Pinjam untuk cari lebih pengalaman. YNWA. 

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football