Skip to main content

Loris Karius Semakin Hampir Untuk Menyertai Union Berlin Secara Pinjaman

Beliau dijangka akan melengkapkan formaliti di kelab Bundesliga itu pada awal minggu hadapan. 


Sebelum ini beliau melalui musim yang sukar selama 4 tahun sejak menyertai The Reds pada 2016.

Menyertai Liverpool dari Mainz, beliau bersaing untuk merebut slot penjaga gol utama LFC sebelum melakukan dua kesilapan berprofil tinggi dalam perlawanan akhir UCL 2017 - 2018 ketika menentang Real Madrid.

Selepas itu Liverpool mendapatkan Alisson dari Roma dengan nilai £65 juta sebelum membenarkan Karius menyertai Besiktas secara pinjaman selama 2 musim.

Namun karier beliau di Turki juga berakhir dengan kontroversi apabila beliau menamatkan kontrak lebih awal di sana.

Karius terlibat dengan kontroversi di mana beliau dikatakan tidak dibayar gaji oleh kelab dan Liverpool menjadi sasaran kritikan oleh pengurus kelab Besiktas, Senol Gunes. 

Ejen Karius Florian Goll menyifatkan dakwaan itu hanya untuk menjadikan Loris Karius sebagai kambing hitam di kelab tersebut dan mengecam cara Besiktas mengendalikan kontroversi tersebut.

Karius kemudian menjelaskan pemergian beliau dari Besiktas kepada peminat kelab itu menerusi surat terbuka di IG. 

Permulaan karier beliau semula di Union Berlin adalah sesuatu yang baik di mana beliau sebelum ini dipandang tinggi ketika menjadi penjaga gol Mainz. 

Karius masih mempunyai kontrak dua tahun bersama Liverpool.

ADMIN

Jika beliau mahukan, terpulang. YNWA. 

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football