Skip to main content

Cesc Fabregas : "Sadio Mane Adalah Pemain Terbaik EPL Buat Masa Sekarang,"

Pemain itu menjaringkan kedua dua ketika Liverpool menewaskan Chelsea semalam. 



Dalam perlawanan itu, The Blues mengikat kedudukan dengan juara EPL musim lepas itu sebelum Andreas Christiansen dilayangkan kad merah dan kesilapan yang dilakukan dilakukan Kepa memberikan Liverpool kelebihan. 

Ia merupakan gol buat Mane dalam musim ini dengan beliau mahu mengatasi rekod gol musim lepas beliau dengan 22 gol dalam semua kejohanan yang disertai. 

Fabregas, yang telah menjulang dua kejuaraan EPL ketika bersama Chelsea, telah mengakui bahawa pemain sayap Liverpool itu adalah pemain terbaik EPL buat masa sekarang.

Berikut adalah petikan daripada Twitter beliau.

Sebelum itu Klopp juga memuji Sadio Mane di atas bantuan untuk memberikan Liverpool "hari yang sempurna".

Gary Neville menerusi Sky Sports juga melontarkan pujian buat Mane, lebih lebih lagi selepas menjaringkan gol kedua Liverpool.

"Kita melihat kepada Sadio Mane. Beliau mempunyai bakat istimewa dan daya usaha beliau juga boleh dipuji".

"Beliau menekan lawan, mengganggu lawan. Beliau melakukan apa yang seorang pemain bolasepak lakukan ketika pergerakan dengan bola dan tanpa bola".

"Dan apabila Kepa melakukan kesilapan, kita tahu beliau tidak akan melepaskan peluang tersebut".

"Mane tahu bagaimana mahu mengambil peluang. Ianya sesuatu yang bijak dari pemain penyerang itu".

ADMIN

Memang beliau adalah pemain berbakat besar. Tidak dinafikan lagi. YNWA Sadio. 


Sumber : Daily Mirror

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football