Karius kembali ke Germany untuk menyertai Union Berlin manakala Kamil Grabara ke AGF Aarhus.
Kedua dua pemain ini melengkapkan perpindahan pada tengahari Isnin lepas.
Karius yang kini berusia 27 tahun menyertai kelab Bundesliga itu setelah melalui musim yang sukar dalam kariernya selama 4 tahun sejak menyertai Liverpool pada 2016.
Menyertai dari Mainz, beliau bersaing dengan Simon Mignolet sebelum melakukan beberapa kesilapan ketika Final UCL 2017 2018.
Selepas itu kelab membenarkan beliau untuk menyertai Besiktas selama 2 musim namun beliau telah menamatkan kontraknya di sana lebih awal berikutan dakwaan tunggakan gaji dan Liverpool telah dikritik oleh pengurusan kelab tersebut termasuk oleh pengurusnya sendiri Senol Gunes.
Ketika ini Karius telah melakukan 49 penampilan bersama Liverpool dan telah menjalani latihan pramusim bersama kelab musim ini.
Sementara itu Grabara telah menyertai AFG Aarhus secara pinjaman yang akan memulakan kempen Danish Superliga pada awal bulan ini.
Ianya merupakan kempen kedua penjaga gol itu bersama kelab tersebut setelah melakukan 16 penampilan bersama kelab dan mencatatkan 6 rekod tanpa bolos pada musim 2018 2019.
Penjaga gol muda ini telah menandatangani kontrak baru sebelum ke Denmark dan musim lepas beliau telah menyertai Huddersfield Town, dengan melakukan 28 penampilan.
ADMIN
Good luck Kamil Grabara dan Loris Karius. YNWA.
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment