Skip to main content

Liverpool Dan Burnley Sedang Berbincang Untuk Perpindahan Keluar Harry Wilson

Liverpool terbuka untuk menerima tawaran dari mana mana kelab untuk pemain tersebut dengan Newcastle United, Leeds dan Southampton berminat. 




Namun difahamkan The Clarets amat berminat dan kedua dua kelab telah berbincang untuk perpindahan pemain tersebut. 

Echo difahamkan bayaran perpindahan belum lagi dipersetujui kedua dua kelab namun Liverpool mahukan sekurang kurangnya £20 juta untuk pemain yang telah bersama kelab sejak berusia 9 tahun itu. 

Nilai itu dijangka akan memecahkan rekod pemain termahal yanh dibeli oleh Burnley, namun Sean Dhyce mahu menguatkan pasukannya sebelum pintu perpindahan ditutup pada 05 Oktober 2020.

Kehadiran Diogo Jota dari Wolves membuatkan harapan untuk Harry Wilson sukar untuk menembusi skuad utama LFC ketika ini. 

Ketika ini Wilson hanya melakukan satu penampilan senior bersama Liverpool ketika menentang Plymouth pada Januari 2017, namun mempunyai pengalaman bermain dalam EPL ketika bersama Bournemouth musim lepas.

Beliau mengakhiri kempen liga bersama Bournemouth dengan menduduki tangga kedua penjaring terbanyak kelab di bawah Callum Wilson namun gagal membantu kelab itu kekal di Liga Perdana musim ini. 

Wilson kembali ke Liverpool ketika pramusim namun kini kelab tidak mahu meminjamkan beliau lagi dengan hanya mahukan perpindahan tetap untuk pemain tersebut. 

ADMIN

Harga boleh cover bayaran untuk Thiago Alcantara. Good luck Harry jika menjadi kenyataan. YNWA. 


Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan