Skip to main content

Statistik Pra Perlawanan : Liverpool FC vs Arsenal FC ( EPL )

Sebanyak 162 gol dijaringkan oleh kedua dua pasukan dalam 56 pertemuan liga, dengan Liverpool memenangi 21 perlawanan berbanding 16 untuk Arsenal. 


Lapan perlawanan terakhir di Anfield dalam semua kejohanan telah menghasilkan 44 gol, manakala 16 perlawanan liga di semua venue menghasilkan 72 gol.

Berikut adalah statistik pra perlawanan :

  • Liverpool memerlukan lagi tiga gol untuk mencatatkan gol ke 400 Liverpool dalam liga di bawah Jurgen Klopp. Ini merupakan perlawanan ke 185 yang dikendalikan Jurgen Klopp bersama Liverpool.
  • Liverpool mencatatkan 8 penjaring berbeza dalam 4 perlawanan musim ini; Marko Grujic, Curtis Jones, Takumi Minamino, Sadio Mane, Mo Salah, Divock Origi, Xherdan Shaqiri dan Virgil Van Dijk. Ini adalah rekod baru kelab. 
  • Skuad Klopp tidak terkalah dalam 60 perlawanan liga di Anfield dengan 49 kemenangan dan 11 seri - mereka cuba untuk menyamai rekod kelab iaitu 63 perlawanan tanpa kalah pada 1978 dan 1981.
  • Fernando Torres merupakan pemain yang menjaringkan hatrik secara 2 kali berterusan di Anfield pada 2007 2008 ketika menentang West Ham United dan Middlesbrough. Hanya seorang pemain iaitu Jack Balmer melakukan pada 1946. Mo Salah dapat menyamai rekod tersebut.
  • Roberto Firmino menjaringkan lebih banyak gol ke atas Arsenal berbanding pasukan lain dengan 8 gol. Hanya Robbie Fowler, Gordon Hodgson dan Jack Parkinson menjaringkan lebih banyak gol ke atas Arsenal dengan 9 gol.
  • Thiago Alcantara menjaringkan 2 gol bersama Bayern Munich dalam UCL 2016 2017, dengan kelab Bavaria itu mencatatkan kemenangan 5 - 1 ke atas Arsenal.
  • Arsenal tidak pernah tewas 25 perlawanan sebelumnya dalam bulan September, kali terakhir mereka tewas adalah pada 2015 ketika menentang Olympiacos. 

ADMIN

Ramalan anda? Sudah pasti mengharapkan kemenangan hari ini. 

Sumber : Liverpool FC


Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football