Skip to main content

Jurgen Klopp Mengakui Kesilapan Mengeluarkan Shaqiri : Namun Tidak Meragui Kualitinya

Beliau menjelaskan sebab mengapa beliau mengeluarkan Shaqiri dan memuji persembahan pemain antarabangsa Switzerland itu.


Pemain itu membuka jaringan buat Liverpool seawal minit 8 menerusi sepakan percuma cantik dari luar petak penalti. 

Beliau memperagakan persembahan yang baik dengan bermain di bahagian tengah, bermain dengan serasi dan mengambil beberapa situasi set pieces dengan cemerlang. 

Namun pada minit ke 75, Klopp menggantikan Shaqiri dengan Naby Keita kerana khuatir pemain itu mengalami kecederaan. 

Shaqiri menjelaskan beliau tidak mengalami apa apa kecederaan ketika itu tetapi Klopp berpendapat ianya bagus juga untuk memasukkan Naby Keita untuk pasukan itu menekan lawan bagi memperolehi gol ketujuh.

"Shaq telah bermain dengan amat cemerlang".

"Cemerlang di posisi yang bukan kegemaran beliau, di bahagian tengah namun beliau dapat melaksanakan tugas dengan begitu baik sekali".

"Ianya kesilapan saya mengeluarkan beliau. Saya khuatir beliau mengalami kecederaan namun beliau baik baik sahaja. Namun situasi itu sudah memadai dan cukup untuk merehatkan beliau".

"Beliau bermain dengan amat amat baik. Sepakan percuma yang baik, dan gol itu amat menarik!"

"Tidak diragui Shaq mempunyai kualiti permainan yang bagus selama ini".

"Ketika ini semuanya amat baik, dan kita akan lihat lagi selepas ini".

ADMIN

Kalau Shaq sentiasa cergas memang padu. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan