Skip to main content

Curtis Jones : Saya Gembira Dengan Jaringan Gol Saya - Namun Kemenangan Lebih Penting

Beliau dinobatkan sebagai MOTM ketika persembahan beliau menentang Lincoln City namun mahu melihat Liverpool mara ke pusingan seterusnya dalam Carabao Cup. 


Liverpool dijadualkan bertemu Arsenal di halaman sendiri setelah membenam cabaran pasukan League One dengan 7 gol berbalas 2.

Jones sendiri menjaringkan 2 gol buat Liverpool di samping pemain lain seperti Takumi Minamino dengan 2 gol dan 1 gol masing masing dijaringkan Grujic, Origi dan Shaqiri. 

Curtis Jones menerusi Liverpool FC :

"Bermain dalam kejohanan seperti ini, kelab kelab lain boleh memberikan kejutan buat anda. Namun saya berpendapat rakan sepasukan memberikan komitmen 100% dan telah menunjukkan pada hari ini".

"Saya gembira dengan gol saya namun apa yang penting kami berjaya meraih kemenangan dan mara ke pusingan seterusnya".

"Saya tidak sabar untuk menentang Arsenal samada diturunkan dalam kesebelasan utama atau dari bangku simpanan. Saya akan memberikan komitmen 100%".

"Saya berpendapat persembahan saya semalam membantu menunjukkan kemampuan yang saya miliki. Namun saya harus lebih banyak bersabar dan bersabar menanti peluang yang diberikan nanti".

Pertembungan dengan Lincoln City memberikan penampilan pertama untuk pemain baru Diogo Jota dan Kostas Tsimikas, serta salah seorang pemain dari Akademi yang berusia 19 tahun iaitu Rhys William. 


Tambah Jones :

"Saya bermain di Akademi di samping beliau. Kemudian beliau dipinjamkan dan melakukan yang terbaik di sana".

"Beliau diturunkan hari ini dan bermain sebagai pemain skuad utama. Beliau telah bersama skuad lebih lama".

"Saya amat gembira melihat beliau bermain dan saya berharap beliau lebih banyak diturunkan selepas ini".

"Namun sebagai pemain muda kami harus menghormati keputusan pengurus dan staf. Kami akan sentiasa bersedia untuk dipanggil lagi sekiranya diperlukan".

ADMIN

Mantap Curtis Jones dan Rhys William. Ada potensi jika terus bekerja keras. YNWA.

Sumber : Liverpool FC


Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football