Skip to main content

Sadio Mane Menjelaskan Reaksi Bilik Persalinan LFC Setelah Ketibaan Thiago Alcantara

Menyertai The Reds pada Jumaat dan melakukan penampilan pertama ketika menentang Chelsea sebelum Sadio Mane menjaringkan 2 gol. 


Dan Sadio Mane menyatakan kegembiraannya setelah Thiago menyertai Liverpool dari Bayern Munich.

Beliau menjelaskan betapa terujanya pemain Liverpool dan percaya Thiago mampu membawa kelab itu ke satu tahap lebih tinggi.

Thiago menyertai Liverpool pada Jumaat, dan kemudian disenaraikan dalam skuad di bangku simpanan sebelum diturunkan untuk menggantikan Jordan Henderson. 

Pemain berjersi nombor 6 itu telah melakukan 75 hantaran tepat dalam 45 minit permainan, yang terbanyak oleh seorang pemain dalam separuh masa sejak data mula direkodkan pada 2003 / 2004.

Dan Sadio Mane turut teruja untuk beraksi bersama sama pemain antarabangsa Spain itu dan menyifatkan kehadiran dua pemain baru yang lain seperti Diogo Jota dan Kostas Tsimikas mampu membantu melonjakkan kelab untuk memburu trofi kelab. 

Menurut Mane : 

"Saya berpendapat bukan peminat sahaja yang teruja dengan kehadiran Thiago".

"Sudah pasti saya dan rakan sepasukan turut gembira melihat kemasukan pemain berkualiti seperti beliau. Dia menjadikan skuad lebih baik".

"Saya lihat sendiri ketika sesi latihan dan apa yang mampu beliau berikan semasa perlawanan menentang Chelsea. Saya yakin beliau akan membantu kami berada di satu tahap lebih baik".

"Kami juga teruja melihat Kostas Tsimikas dan Diogo Jota menyertai Liverpool. Ianya satu perpindahan yang baik buat kami dan kami gembira mereka di sini".

Dua gol Mane menentang Chelsea juga meletakkan beliau di atas Luis Suarez yang sebelum ini menjaringkan 82 gol dengan pemain sayap Liverpool itu kini telah menjaringkan 83 gol dari 173 perlawanan. 

Mane kini berada di tangga ke 19 dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang masa Liverpool bersama sama Alan Stubbins dan berbangga beliau berada sebaris dengan pemain pemain lagenda Anfield. 

Tambah Mane : 

"Saya tidak tahu mengenai itu, memang benar".

"Namun saya amat berbangga dengan kejayaan ini kerana sebagai pemain sudah semestinya anda mempunyai sasaran"

"Kini saya berada dalam senarai 20 penjaring terbanyak sepanjang zaman, dan saya berusaha mahu menambahkan koleksi jaringan lagi selepas ini".

"Sudah pasti saya amat gembira kerana dapat membantu kelab menjaringkan gol dan memastikan kemenangan berpihak kepada kami".

"Sebagai pasukan kami bermain dengan baik dan berjaya mencatatkan kemenangan dalam 2 perlawanan liga secara berterusan. Dan sekarang kami tidak sabar untuk beraksi menentang Arsenal".

ADMIN

Game Arsenal mana satu tu Mane? Haha. 

Anyway kehadiran Thiago, Jota dan Tsimikas akan memberikan dimensi baru dalam pasukan LFC. Insha Allah. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football