Skip to main content

Jurgen Klopp Sahkan Thiago Akan Terlepas 2 Perlawanan Liverpool FC Seterusnya

Bekas pemain Bayern Munich ini melakukan penampilan pertama ketika menentang Chelsea namun terpaksa menunggu untuk penampilan seterusnya. 


Sebelum ini Jurgen Klopp telah menyatakan pemain ini dijangka akan diturunkan dalam perlawanan menentang Arsenal. 

Namun selepas itu media melaporkan bahawa pemain ini telah terlepas banyak sesi latihan dan difahamkan mengalami kecederaan yang tidak dipastikan. 

Laporan itu ternyata benar apabila Thiago tidak disenaraikan dalam skuad menentang Arsenal awal pagi tadi. 

Dan Klopp mendedahkan bahawa beliau akan terlepas aksi menentang Aston Villa selain dari aksi menentang Arsenal (sekali lagi) dalam EFL Cup. 

Menurut Klopp menerusi Sky Sports :

"Selepas perlawanan antarabangsa beliau dijangka pulih".

"Yang pasti dalam situasi ketika ini, beliau tidak cukup cergas dan tidak akan bermain dalam perlawanan hari ini".

Perlawanan selepas cuti rehat perlawanan antarabangsa adalah perlawanan Merseyside Derby yang dijangka berlangsung pada 17 Oktober. 

ADMIN

Bagi can beliau untuk cergas sepenuhnya. Perlawanan Merseyside Derby bukan biasa biasa. YNWA.

Sumber : Daily Mirror

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football