Pep Lijnders menjelaskan mengenai kecederaan Jordan Henderson, Joel Matip dan Joe Gomez.
Kapten Liverpool Jordan Henderson bergelut untuk pulih menjelang perlawanan menentang Arsenal pada minggu hadapan selepas beliau dikeluarkan ketika menentang Chelsea minggu lepas.
Beliau akan tersisih bersama sama dua pemain pertahanan, Joe Gomez dan Joel Matip dalam perlawanan awal pagi Jumaat ini.
Sebelum ini Hendo turut terlepas 4 perlawanan akhir EPL musim lepas serta perlawanan Perisai Komuniti pada Ogos.
Menurut Pep Lijnders dalam sidang media :
"Kami berharap Hendo akan kembali minggu hadapan, namun perlawanan minggu ini tampak terlalu awal untuk beliau".
"Hendo mengalami kecederaan di bahagian otot paha".
The Reds yakin bahawa Gomez akan kembali dalam perlawanan menentang Arsenal, namun Matip dijangka tersisih sekurang kurangnya tiga minggu berikutan masalah hamstring.
Tambah Lijnders :
"Untuk Joe agak awal. Beliau akan kembali berlatih bersama pasukan pada Jumaat. Itu berita baik buat masa sekarang".
"Joel dijangka mengambil masa la sedikit, mungkin selepas cuti rehat perlawanan antarabangsa".
ADMIN
Kemungkinan Liverpool akan menurunkan wajah baru ketika menentang Lincoln City, pemain muda.
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment