Pemain itu melakukan penampilan pertama dari bangku simpanan bersama Liverpool ketika kelab itu mencatatkan kemenangan di Stamford Bridge.
Dan Klopp mendedahkan bahawa beliau memasukkan Thiago Alcantara pada separuh masa kedua selepas layangan kad merah kepada Andreas Christiansen.
Kedua dua jaringan dilakukan oleh Sadio Mane dengan Thiago dimasukkan pada separuh masa kedua.
Selain itu juga, kecederaan yang dialami oleh Jordan Henderson turut mendorong kepada penampilan pertama Thiago dan Klopp gembira apa yang pemain itu berikan sepanjang perlawanan.
Menurut Klopp :
"Kami tahu perlawanan separuh masa kedua akan berlainan setelah mereka bermain dengan 10 orang, tetapi saya sukakan apa mereka lakukan di separuh masa pertama".
"Saya juga suka dengan cara mereka menyelesaikan masalah. Cara mereka mengharungi perlawanan sukar".
"Ketika itu saya bersedia untuk memberikan sedikit taklimat bagaimana pendekatan untuk menggerakkan pasukan dengan cepat, menghantar bola lebih pantas, arah mana hantaran dan selepas itu insiden kad merah berlaku".
"Kami di bilik persalinan dan Jordan Henderson merasai sesuatu dan saya tidak benarkan beliau bermain dengan serta merta memikirkan untuk menurunkan Thiago".
"Tanpa latihan penuh, namun berhadapan dengan 10 pemain beliau merupakan pemain yang sempurna sudah di dalam padang".
"Apa yang beliau lakukan di padang adalah secara semulajadi, jadi hantaran beliau di atas padang dilakukan secara semulajadi dan ianya bagus sekali".
"Tanpa bolos, Ali menyelamatkan penalti, Thiago melakukan penampilan pertama dan jika Hendo tidak mengalami masalah, ianya hari terbaik buat kami semua".
ADMIN
Klopp menggunakan Thiago untuk tingkatkan lagi tekanan ke atas Chelsea dan kita berjaya memperolehi dua gol kemenangan tersebut. YNWA.
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment